6 Raja Dadah Paling Kaya Di Dunia
Bagi warganegara yang mematuhi undang-undang, jenayah tidak memberikan pulangan yang lumayan, namun tidak bagi penjenayah. Walaupun terlibat dalam aktiviti haram merupakan satu perkara yang sangat berisiko, ramai orang telah memperoleh kekayaan dan menikmati hidup senang-lenang daripadanya.
Dan jenayah yang paling memberikan pulangan lumayan di atas muka bumi ini tak lain dan tak bukan adalah melibatkan dadah. Orang yang paling berjaya dan mengaut keuntungan daripada perniagaan dadah sudah tentunya ketua organisasi jenayah dadah, dan iluminasi.com ingin kongsikan 6 raja dan ratu dadah yang paling kaya di dunia.
6. Rafael Caro Quintero
Rafael Caro Quintero memperoleh kekayaan mencecah RM2.55 bilion sebagai pengasas dan watak utama dalam Kartel Guadalajara. Dalam kariernya sebagai raja dadah, Rafael telah membunuh beberapa orang termasuk seorang juruterbang dan agen persekutuan.
Rafael ditangkap dan didakwa atas kesalahan membunuh pada tahun 1985 dan dibebaskan pada tahun 2013. Menurut Interpol, Rafael merupakan salah seorang yang paling dikehendaki di atas muka bumi.
Namun begitu, kerana kelicikannya, dia tidak berjaya ditangkap dan didakwa atas kesalahan melibatkan dadah, yang mana sangat diinginkan oleh kerajaan Amerika Syarikat dan Mexico.
5. Joaquín Guzmán Leora
Joaquín Guzmán Leora atau nama popularnya "El Chapo" berada di tangga ke-5 senarai ini dengan kekayaan mencecah RM3.92 bilion. Sebagai ketua organisasi jenayah, Kartel Dadah Sinaloa, raja dadah Mexico ini menyeludup dan membekalkan dadah jenis heroin, kokain dan ganja di antara Amerika Syarikat dan Mexico.
Rangkaian dadah Joaquin yang merentas dari Amerika Syarikat dan Colombia membolehkan dia mendapat keuntungan yang sangat banyak sehingga tersenarai sebagai manusia ke-10 terkaya di Mexico pada tahun 2011.
Majalah Forbes menggelarkan Joaquin sebagai "Raja Dadah Paling Hebat Dalam Sejarah". Joaquin diberkas pada tahun 2014.
4. Griselda Blanco
Sebagai satu-satunya penjenayah wanita dalam senarai ini, Griselda Blanco menceburkan diri dalam bidang perniagaan pada awal usia remajanya. Malah, ketika berusia 11 tahun, Griselda telah menculik seorang kanak-kanak, menuntut wang tebusan dan kemudiannya menembaknya di kepala menyebabkan mangsa mati serta merta.
Griselda juga dikatakan seorang gangster yang paling ditakuti di Miami dan Colombia antara tahun 1970an hingga 1980an. Dengan nama gelaran popular, "The Cocaine Godmother", ratu dadah Colombia ini merupakan perintis perdagangan kokain di Miami.
Namun, hanya seorang pendatang baru yang tidak gentar terhadap Griselda, seorang lelaki yang bernama Pablo Escobar. Kedua-dua ratu dan raja kokain ini berperang dan cuba untuk membunuh antara satu sama lain.
Sebagai ketua Medellin Cartel pada ketika itu, Griselda mempunyai kekayaan mencecah RM7.84 bilion. Antara jenayah lain yang dilakukannya adalah didakwa membunuh 3 orang suaminya.
Pada tahun 2012, Griselda mati setelah ditembak di kepala sebanyak dua kali oleh pembunuh upahan bermotosikal ketika sedang membeli daging.
3. Carlos Lehder
Sebagai salah seorang daripada ahli yang paling berpengaruh dan pengasas bersama kartel Medellin, pengedar dadah Jerman-Combia ini mempunyai kekayaan bernilai RM10.6 bilion. Carlos mengumpul kekayannya dari Quintin Lame Movement serta Empayar Pengangkutan kokain.
Carlos adalah watak penting dalam penyeludupan kokain ke South Florida di mana ia kemudiannya dihantar ke pelbagai lokasi di seluruh Amerika Syarikat.
Carlos Lehder dianggap sebagai antara raja dadah Colombia yang penting yang berjaya dijatuhkan hukuman di Amerika Syarikat.
Walaupun tersangat kaya, namun kini Carlos berada di penjara di AS dengan hukuman penjara seumur hidup ditambah 135 tahun.
2. Amado Carrillo Fuentes
Sebagai pegawai tertinggi kedua, Amado Carrilo Fuentes, dengan keinginannya untuk merampas kedudukan tertinggi telah membunuh ketua Juarez Cartel dan mengambil alih tampuk kepimpinan kumpulan itu.
Amado mempunyai dua jet yang digunakan untuk menyeludup kokain yang sangat banyak dari Colombia ke Mexico. Perniagaan ini memberikan pulangan yang lumayan kepadanya sebanyak RM98 bilion.
Walaupun Amado tidak terlalu menunjuk-nunjuk, namun kerajaan Mexico dan Amerika Syarikat tahu mengenainya dan memburunya. Untuk melarikan diri daripada pihak berkuasa, Amado Carillo Fuentes telah menjalani pembedahan plastik.
Namun, dia akhirnya dibunuh oleh pengawal peribadinya sendiri.
1. Pablo Escobar
Jika terdengar perkataan Colombia dan kokain pastinya nama Pablo Escobar datang ke minda. Lelaki ini bukan sahaja tersangat kaya malah sangat berpengaruh. Dilahirkan di sebuah perkampungan yang miskin di Colombia terpaksa mengubah hidupnya dan menjadi antara manusia terkaya di dunia ketika itu, membuatkan Pablo menggungguli carta ini.
Pablo Escobar dan konco-konconya merasuah pihak berkuasa dengan moto mereka "plata o plomo" yang bermaksud "wang atau peluru". Ini membolehkan mereka menyeludup kokain dalam jumlah yang besar setiap hari tanpa masalah. Majalah Forbes menganggarkan Pablo mengawal lebih daripada 80% pasaran kokain di seluruh dunia.
Walaupun sangat bengis, namun Pablo merupakan seorang yang penyayang dalam keluarganya. Kekayaan Pablo dianggarkan sebanyak RM117 bilion di ketika kemuncak kariernya sebagai raja dadah, juga dimasukkan ke dalam senarai 10 manusia paling kaya di atas muka bumi ketika itu.
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2reJQYc
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment