Hi! Welcome Back and Stay Tune! 5 Perancangan Yang Akan Dilaksana Rejim Nazi Jika Menang Perang Dunia Kedua - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

5 Perancangan Yang Akan Dilaksana Rejim Nazi Jika Menang Perang Dunia Kedua

5 perkara yang akan dilaksanakan rejim nazi jika menang perang dunia kedua 1

Ketika berlangsungnya Perang Dunia Kedua, pemimpin rejim Nazi, Adolf Hitler menjangkakan mereka akan menang. Nazi bukan sahaja bertempur habis-habisan dalam perang ini malah mereka mempunyai rancangan masa depan untuk memerintah dunia baru.

Setelah peperangan yang terbesar dalam sejarah manusia itu tamat, mereka akan membina empayar fasis yang baru di atas kehancuran Eropah. Hitler sudah mempunyai semua perkara di atas kertas, dan jika segalanya berjalan mengikut rancangan Hitler, dunia yang kita tinggal pada hari ini akan menjadi sangat berbeza.

5 perkara yang akan dilaksanakan rejim nazi jika menang perang dunia kedua 0

Dalam banyak perkara, perintah dunia baru Nazi tidaklah seperti yang anda harapkan dan dengan itu, iluminasi.com ingin kongsikan dengan pembaca antara 5 perkara yang akan dilakukan oleh Adolf Hitler dan rejim Nazi jika mereka memenangi Perang Dunia Kedua.

1. Kembalikan Amerika kepada penduduk pribumi

5 perkara yang akan dilaksanakan rejim nazi jika menang perang dunia kedua

Nazi mungkin telah melakukan satu pembunuhan beramai-ramai terhadap sesuatu kaum, namun apabila berkenaan dengan orang asli Amerika, menerima suku ini. Apabila Amerika jatuh ke tangan Nazi, mereka berjanji untuk memberikan kembali tanah tersebut kepada penduduk pribumi.

Nazi bekerja sama dengan kumpulan yang dikenali sebagai Persekutuan India Amerika dan memenangi hati mereka. Sesetengah daripada ahli kumpulan itu yang sangat fanatik telah berubah menjadi salah seorang daripada Nazi yang bersemangat, dengan memakai lambang swastika pada pakaian dan memberikan ucapa yang menamakan orang Yahui sebagai "anak Setan".

Nazi menyukai tindakan orang asli ini, malah secara terbuka mengisytiarhkan bahawa orang asli Amerika adalah Aryan dan menghantar pegawai propaganda menyamar ke Amerika untuk meyakingkan mereka untuk menggulingkan kerajaan Amerika Syarikat.

Sebagai balasan, Nazi berjanji akan memberikan tanah kembali kepada mereka. Sama ada Nazi bercakap benar atau tidak, namun ramai yang mendengar arahan tersebut.

Ketua orang asli Amerika mendakwa mereka mempunyai 750,000 tentera yang bersedia untuk berperang demi Hitler. Sejurus sahaja tentera Nazi menjejakkan kaki di bumi Amerika, mereka akan membantu menghancurkan Amerika Syarikat.

2. Berikan Timur kepada Jepun

5 perkara yang akan dilaksanakan rejim nazi jika menang perang dunia kedua 2

Jepun sudah pastinya mempunyai rancangan tersendiri. Dalam bilik perang mereka, Nazi dan Jepun telah mempunyai pelan dan membahagikan setiap penjuru dunia sesama sendiri. Jepun bersetuju untuk memerintah setiap bahagian timur dunia, memberikan mereka kawasan bermula dari India dan ke bawah. 

Jepun mahu menggunakan nama "Sfera Kesejahteraan Asia Timur Besar" supaya lebih mesra. Ia merupakan empayar yang penuh dengan pemilihan nama yang mesra untuk mengalihkan perhatian anda daripada makna yang gelap dan menakutkan.

Setiap penduduk negara yang ditawan akan dilatih menjadi "pemimpin rakyat mereka" dengan menjadikan mereka pemimpin boneka Jepun. Jepun mengatakan ianya adalah kemerdekaan daripada imperialisma Barat, yang berjuang di bawah slogan "Asia untuk Asiatika", namun mereka memaksa Asia untuk menerima pemerintahan mereka sendiri.

Bahasa Jepun akan menjadi bahasa rasmi di seluruh Hemisfera Timur dan guru Jepun akan berada di setiap sekolah. Australia dan New Zealand juga akan berada di bawah kawalan Jepun. Jika Nazi memenangi perang tersebut, Hitler percaya bahawa ia menandakan pengakhiran hidup bagi orang kulit putih di sana.

3. Memperhambakan orang Inggeris

5 perkara yang akan dilaksanakan rejim nazi jika menang perang dunia kedua 3

Ketika perang sedang meletus dan pihak Inggeris enggan menyerah diri, perasaan cinta Hitler terhadap semangat Inggeris mula pudar. Setelah beberapa ketika, Hitler hanya mahu menghancurkan hidup mereka dan merancang bagaimana dia akan melakukannya.

Jika Britain jatuh ke tangan Nazi, mereka akan memperkenalkan undang-undang baru. Setiap lelaki berusia 17 hingga 45 tahun yang sempurna tubuh badan akan dipindahkan ke benua Eropah di mana mereka akan dipaksa bekerja sebagai pekerja buruh.

Ibu dan anak-anak dibenarkan tinggal di rumah, sehingga kanak-kanak lelaki berusia 17 tahun. Segala yang dimiliki akan dirampas dan sesiapa sahaja yang cuba menentang akan dibunuh serta-merta.

Ia merupakan rancangan yang sangat menakutkan, namun ini bukanlah yang paling dahsyat. Heinrich Himmler mahu melakukan lebih lagi, bercaang untuk membasmi 80% daripada penduduk England dengan segera sebaik sahaja negara ini jatuh ke tangan mereka.

4. Benarkan Islam memerintah Timur Tengah

5 perkara yang akan dilaksanakan rejim nazi jika menang perang dunia kedua 4

Mungkin ramai di antara pembaca yang sudah tahu bahawa Adolf Hitler adalah pro-Islam. Kedua-dua Hitler dan Heinrich Himmler mengadu bahawa Jerman adalah negara Kristian. Hitler sendiri pernah berkata, "Agama yang dibawa Muhammad akan menjadi lebih serasi dengan kita daripada Kristian,". 

Pada awalnya, Hitler berjanji untuk memberikan Timur Tengah kepada Itali, namun setelah perang bermula, dia menukar rancangan. Hitler mendapati bahawa semangat kerabat pada Haj Amin al-Husseini, Mufti Besar Baitulmaqis, yang mengatakan kepadanya bahawa mereka mempunyai musuh yang sama, iaitu orang Inggeris, Yahudi dan komunis.

Haj Amin ingin membawa pemberontakan fasis melawan orang Inggeris namun Hitler mengarahkan supaya tunggu sehingga perang dengan Kesatuan Soviet berakhir terlebih dahulu. Kedua-duanya sudah mempunyai pakatan dan bekerjasama untuk menghantar skuad kematian ke Palestin untuk membunuh setiap orang Yahudi yang ada di situ.

Ketika dapat mengagak bahawa mereka akan kalah, Hitler menyalahkan dirinya kerana kegagalah tidak bersatu dengan lebih dekat dan kuat bersama umat Islam, terutamanya selepas Itali membelot terhadapnya.

"Kita sepatutnya boleh membebaskan negara-negara Islam. Cuba bayangkan apa yang sebenarnya kita mampu untuk membantu mereka!" keluh Hitler. Dan jika ditakdirkan Nazi memenangi Perang Dunia Kedua, pasti Hitler akan melakukan perkara ini.

5. Menukar agama Eropah Timur kepada Jehovah's Witnesses

5 perkara yang akan dilaksanakan rejim nazi jika menang perang dunia kedua 5

Walaupun pro-Islam, namun ia tak bermaksud seluruh empayar Nazi akan menyokong orang Islam. Jika ikutkan Heinrich Himmler, dia akan menukarkan Eropah Timur kepada agama lain, iaitu Jehovah's Witnesses. Nazi telah menyembelih beribu-ribu penganut agama ini di kem-kem tahanan. Namun, setelah membunuh mereka beramai-ramai, Heinrich mempunyai penghormatan yang berbeza terhadap agama ini.

"Jika tahap fanatik mereka dapat dimanfaatkan untuk Jerman, kita akan menjadi lebih kuat daripada hari ini!." katanya. Pada pandangan Heinrich, Jehovah's Witnesses mempunyai gabungan sempurna etika kerja yang fanatik dan pasifisma (anti-kekejaman) yang membuatkan mereka bekerja keras dan menghalang mereka daripada menidakkan rejim fasis.

Dia juga memberikan arahan spesifik kepada pegawainya, Dr. Ernst Kaltenbrunner supaya melaksanakan agama ini ke Eropah Timur. Agak aneh berada dalam dunia pemerintahan rejim Nazim di mana berlakunya perhambaan, pembunuhan beramai-ramai dan senjata pemusnah besar-besaran, dan dalam masa yang sama terdapat ramai penganut Jehovah's Witnesses.



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2I4tLOr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.