Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dikatakan Hanya Pandai Cakap, Caprice Dicabar! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dikatakan Hanya Pandai Cakap, Caprice Dicabar!

dikatakan hanya pandai cakap caprice dicabar 1

Kredit foto: Instagram Caprice

Penyanyi rap, Caprice mendapat perhatian meluas selepas memuat naik sebuah video di laman Instagram, baru-baru ini.

Ia berikutan buat pertama kalinya penyanyi lagu Sedar itu bertutur dalam bahasa Melayu sepenuhnya. 

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 30, menjelaskan apa yang dilakukannya itu adalah atas cabaran peminat yang ingin melihat dia berbahasa ibunda.

“Perkara ini bermula apabila saya menegur sesetengah peminat yang sering merungut tentang ketiadaan kerja walaupun mereka mempunyai pendidikan taraf tinggi. Saya mencabar mereka untuk mencipta peluang sendiri daripada terus menunggu tawaran pekerjaan.

“Mungkin sebab itu mereka pula mencabar saya untuk keluar dari zon selesa saya dengan bercakap sepenuhnya dalam bahasa Melayu,” katanya memetik laporan portal Sinar Harian.

Menjelaskan kemampuannya dalam berbahasa Melayu, Caprice memberitahu, meskipun lebih selesa berkomunkasi menggunakan bahasa Inggeris, itu tidak bermakna cabaran bercakap dalam bahasa ibunda menjadi kesukaran buatnya.

“Saya faham dengan situasi mereka yang masih tidak bekerja. Selain terus menunggu tawaran pekerjaan, saya cadangkan mereka untuk meneroka pelbagai peluang yang telah disediakan oleh kerajaan atau pihak-pihak tertentu.

“Contoh terbaik yang saya nampak ialah melalui program ‘YouCanDuit’ di bawah Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Mereka membuka peluang untuksesiapa sahaja mencipta sumber pendapatan sendiri,” katanya.

Video bintang hip hop itu terus menjadi bualan hangat apabila turut dilakonkan dalam versi parodi oleh beberapa rakan artis. 

Antaranya termasuk Syuk SYJ, Azrul Cham, Bell Ngasri dan Zulin Aziz.



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2JOiXBa

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.