Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kami Satu Keluarga Besar Tabah Hadapi Cabaran - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kami Satu Keluarga Besar Tabah Hadapi Cabaran


Bagi kebanyakan pemerhati politik, mereka merasakan hubungan antara UMNO dan MCA serta MIC dilihat agak goyah sebelum memasuki tempoh Pilihan Raya Umum ke 14. Manakan tidak, ada sahaja kedengaran seperti percakaran mahupun perselisihan pendapat berlaku antara ketiga-tiga parti komponen utama BN ini.

Hakikatnya, sepanjang tempoh berkempen untuk Pilihan Raya Umum ke 14 kali ini, kesemua parti komponen utama BN ini berada di bawah satu panji iaitu panji Barisan Nasional. Secara tiba-tiba, segala perselisihan faham yang wujud sebelum ini, dilupakan dan kesemua jentera bergerak atas satu tujuan yang sama iaitu memastikan BN menang pada Pilihan Raya Umum kali ini.

Paling utama, kedua-dua pemimpin utama MCA iaitu Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong kerap kali menyebut bahawa apa sahaja perselisihan faham yang wujud sebelum ini, amat wajar dilupakan kerana tidak kira UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PBB dan semua parti komponen yang ada di dalam BN, kita semua adalah pejuang Barisan Nasional.

Malah, mereka juga kerap kali menyebut bahawa kesemua parti komponen BN adalah sebuah keluarga besar. Biasalah, dalam satu keluarga, pasti wujud perselisihan faham, namun segala permasalahan dapat diselesaikan dengan hasil kerjasama dan toleransi yang tinggi antara para pemmimpin utama BN.

Pada masa yang sama, kesemua parti utama BN memperakui bahawa Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak adalah ketua dan pengerusi utama BN. Apa sahaja yang diputuskan beliau wajar dihormati sesuai dengan tradisi BN yang mengutamakan keharmonian dan kestabilan.

Tidak seperti pembangkang yang dilihat cukup bercelaru. Pada zahirnya, mereka cuba menampakkan bahawa PKRlah paling berkuasa dalam pakatan berkenaan. Sedangkan hakikat yang mereka cuba selindungkan adalah, DAP mempunyai kuasa penuh terhadap apa sahaja yang berlaku di dalam Pakatan Harapan.

Meletakkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi dan calon Perdana Menteri Pakatan Harapan hanyalah sekadar dongengan semata-mata. Mereka hanya mahu mempergunakan Mahathir seperti mana yang diakui sendiri oleh P Ramasamy semasa ceramahnya di DUN Perai, 28 April lepas.

Inilah yang perlu difahami oleh semua pihak terutamanya seluruh rakyat Malaysia. Tidak ada apa yang serius berlaku di dalam BN melainkan perselisihan dalam mencari sesuatu yang terbaik buat BN. Selagi mana sikap saling hormat menghormati kekal ada pada tahap yang tertinggi, BN akan terus gah menerajui Malaysia selagi mana yang dimahukan oleh rakyat. 

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2IdtxEM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.