Hi! Welcome Back and Stay Tune! Laptop The Avengers: Infinity War - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Laptop The Avengers: Infinity War



Laptop terbaru Acer diperkenalkan sempena filem The Avengers: Infinity War. Memang seronok melihat tiga model berdasarkan karakter Iron Man, Thanos dan Captain America. 

Model Aspire 6 berasaskan Captain America mempunyai rekaan menampilkan pentagram ikonik watak terbabit dengan ciri dalaman termasuk pemprosesan Intel Core i5- 8250U Gen ke-8 dan grafik NVIDIA GeForce MX150. Aspire 6 edisi khas ini hadir bersama memori DDR4 4 GB, storan SATA 1 TB HDD dan kamera HD.

Manakala Dolby Audio Premium menawarkan pengalaman hiburan yang mengagumkan. Aspire 6 ditawarkan pada harga RM3,299. Sementara itu, model Nitro 5 berasaskan watak Thanos yang sesuai dengan rekaan sasa menampilkan potret Thanos didekorasikan dengan teknologi ‘In-Mold Roller’ IMR.

Ia menyempurnakan lagi garis casis berwarna hitam matte dan kemasan yang halus. Nitro 5 edisi Thanis dikuasakan oleh grafik NVIDIA GeForce GTX 1050 dengan GDDR5 VRAM, 4GB, pemprosesan Intel Core i5-7300HQ Generasi ke-7 dan memori DDR4 8 GB.

Thanos ini sesuai untuk mempercepatkan tempoh ‘boot-up’ dan memendekkan masa pemuatan ketika bermain apabila dilengkapi SSD 128GB yang pantas serta dipadankan dengan storan HDD 1TB. Nitro 5 ditawarkan pada harga RM4,299.

Acer Swift 3 pula cantik dengan logi bercahaya jantung Ironman di tengah dengan ukuran 17.95mm dan berat 1.6kg, reka bentuk Swift 3 versi Iron Man yang ringan dan nipis ini hadir bersama pemprosesan Intel Core i5-8250U Generasi ke-8, Intel UHD Graphics 620 dan menawarkan jangka hayat bateri sehingga 10 jam.

Swift 3 juga mempunyai pelbagai ciri terbaik untuk mencapai produktiviti maksimum termasuk paparan anti-silau Full HD IPS bersaiz 14 inci, SSD 256GB yang pantas, memori 8GB serta teknologi tanpa wayar 802.11ac 2◊2 MU-MIMO untuk sambungan Internet yang laju dan stabil. Iron Man ini diual pada harga RM4,399.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2JOL4QC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.