Wombat : 9 Fakta Menarik Mengenai Marsupial Aneh Australia
Wombat yang tersangat comel ini adalah haiwan marsupial yang kecil dan kelihatan seperti kacukan antara beruang, khinzir dan tikus. Haiwan ini berbadan rendah dan berkaki pendek, dengan kepala yang padat dan kuku yang sangat kuat.
Saiz wombat adalah sebesar anjing sederhana, biasanya mempunyai panjang badan 76 sentimeter. Berat biasa bagi seekor wombat di antara 19 hingga 32 kilogram bergantung kepada spesis.
Haiwan ini tak dapat dijumpai di mana-mana tempat di dunia kecuali Australia dan Tasmania, di kawasan pergunungan, hutan dan tanah rata. Habitat wombat adalam dalam lubang bawah tanah yang terdiri daripada banyak terowong dan "bilik tidur".
Bagi yang tak pernah tahu mengenai haiwan pelik ini, iluminasi.com ingin kongsikan 9 fakta aneh dan menarik mengenai wombat, haiwan eksklusif Australia ini.
1. Kantung menghadap ke belakang
Tak seperti kebanyakan haiwan marsupial, kantung yang digunakan untuk membawa anaknya yang kecil mempunyai "pintu masuk" dari belakang dan bukan dari hadapan seperti kangaroo. Pendek kata, di bawah punggung wombat.
Perbezaan ini membolehkan ibu wombat menggali tanah tanpa membuang kotoran masuk ke dalam kantung dan mengganggu anaknya.
Dan disebabkan badan wombat yang terlalu rendah menghampiri tanah, kedudukan poket yang menghadap ke belakang ini memberi perlindungan tambahan kepada joey (bayi wombat), ketika ibu wombat sedang berjalan.
2. Pertahanan utama wombat adalah punggung
Apabila melarikan diri daripada pemangsa seperti Tasmanian devils atau dingo (kucing liar Australia), wombat bergantung kepada punggung mereka untu melindungi diri. Punggung haiwan ini kebanyakannya adalah rawan yang menjadikannya lebih tahan terhadap gigitan dan calar.
Wombat akan melarikan diri dengan masuk ke dalam lubang dan menahan punggungnya menutup pintu lubang tersebut. Wombat juga mampu menggunakan punggung yang kuat untu menghancurkan pencerobioh terhadap bumbung lubang mereka.
3. Hanya terdapat 3 spesis
Hanya terdapat 3 spesis wombat yang wujud di dunia ini iaitu wombat biasa (vombatus ursinus), wombat hidung berbulu Utara (lashiorhinus krefftli) yang sangat terancam dan wombat hidung berbulu Selatan (lasiorhinus latifrons)
4. Saiz wombat sebesar badak sumbu
Marsupial yang paling besar pernah wujud di dunia adalah saudara kepada wombat moden, iaitu diprotodon. Diprotodon tinggal di Australi 2.5 juta tahun dahulu dan dianggarkan mempunyai berat badan 3 tan dengan panjang 14 kaki dari hidung ke ekor.
"Wombat-mega" ini pupus sekitar waktu yang sama di mana tanah di benua ini diterokai yang telah mencetuskan perdebatan mengenai peranan manusia dalam kepupusan mereka.
5. Mampu lari dengan laju jika terpaksa
Jika melihatkan bentuk badan yang gemuk dan pendek, wombat bukanlah makhluk yang paling tangkas dan pantas di dunia. Haiwan ini berjalan dengan terkedek-kedek namun apabila berasa terancam, wombat mampu memecut dengan agak laju.
Kelajuan wombat boleh mencapai 40 kilometer sejam dan mengekalkannya selama 90 saat pada satu-satu masa. Mungkin anda berasa seperti tak laju tetapi kelajuan ini hampir menyamai kelajuan manusia terpantas di dunia, Usain Bolt, yang mempunyai kelajuan 44 kilometer sejam.
6. Sukakan makanan yang sukar dihadam
Wombat sukakan diet sayur-sayuran seperti akar, scurb, rumput dan kulit kayu. Untuk menghadam semua makanan kasar ini, perut wombat mempunyai enzim khas yang membantu memecahkan makanan ini, dan ia mengambil masa 2 minggu untuk mencerna makanan-makanan ini sepenuhnya.
Wombat juga mempuynai gigi yang tumbuh secara berterusan untuk kegunaan yang berterusan.
7. Tahi berbentuk kiub
Najis wombat adalah antara najis yang paling aneh di dunia. Wombat menghasilkannya 80 hingga 100 butir tahi setiap malam, dan ia keluar dalam bentuk kium yang sangat kemas.
Denggunakan najis untuk menandakan kawasan, ia membantu wombat untuk menavigasi pada waktu malam berpandukan bau najis tersebut. Daripada berak di kawasan tanah dan berpasir, wombat lebih suka melakukannya di atas permukaan seperti batu atau kayu yang mana ia boleh dilihat.
Bentuk tahi yang unik menghalangnya daripada bergolek dan jatuh ke tanah.
8. Mahir menggali
Wombat adalah haiwan yang sangat mahir dalam mengorek lubang. Jarak terowong bawah tanah yang dihasilkan oleh haiwan ini mampu mencecah sehingga 650 meter. Kakinya yang teguh dan kuat serta kuku yang panjang membantu wombat untuk mengorek lubang sedalam 3 kali dalam satu malam.
9. Haiwan pemalu dan menyendiri
Walaupun kumpulan wombat tinggal bersama-sama dalam lubang yang saling berhubung, namun spesis ini sebenarnya sangat pemalu. Wombat hidung berbulu Utara jantan tinggal bersendirian manakala wombat betina mampu bergaul dengan baik untuk tinggal bersama di rumah bawah tanah.
Bukan sahaja wombat adalah pemalu dan tak tinggal bersama-sama, malah kebanyakan daripada haiwan ini akan menghindarkan diri daripada masing-masing apabila berada di atas tanah.
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2JOwit0
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment