"Abang gaduh, adik yang maut'
"Abang gaduh, adik yang maut'. AKIBAT salah faham, seorang remaja lelaki maut dibelasah sekumpulan remaja berhampiran sebuah restoran makanan segera di Taman Melati, di Kuala Lumpur, pagi semalam.
Dalam kejadian 3.30 pagi itu, mangsa yang berusia 17 tahun dikatakan sedang menolak motosikalnya yang rosak di tepi jalan restoran makanan segera berkenaan sebelum dipukul menggunakan topi keledar dan besi pengunci motosikal oleh sekumpulan remaja.
Mangsa yang berasal dari Kampung Fajar, Batu 8, Hulu Kelang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di leher.
Terdahulu, abang mangsa bersama kira-kira 15 rakan mengadakan pertemuan dengan sekumpulan kira-kira 10 remaja lain di lokasi terbabit untuk menyelesaikan satu masalah.
Bagaimanapun, semasa pertemuan berlangsung, berlaku salah faham dan pergaduhan antara dua kumpulan terbabit.
Ketika pergaduhan itu, mangsa berada hampir dengan abangnya sambil menunda motosikalnya yang rosak di tepi jalan.
Beberapa suspek kemudian ternampak mangsa dan pergi ke arahnya sebelum memukulnya dengan topi keledar serta besi pengunci motosikal sehingga mangsa meninggal dunia.
Susulan kejadian, polis menahan seorang remaja lelaki yang suspek utama berusia 20 tahun.
Turut ditahan, 10 rakan mangsa termasuk tiga remaja perempuan berusia antara 13 hingga 18 tahun untuk membantu siasatan.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim mengesahkan polis menerima laporan kejadian itu.
Katanya, polis akan mengeluarkan satu kenyataan berhubung kes itu dalam masa terdekat. - myMetro

✍ Sumber Pautan : ☕ The Viral News
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2IMduyt
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment