Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Kes Pecahkan Botol Arak Di Depan Bangunan SUK .’ Jamal Didakwa Di Hospital Ampang Puteri.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Kes Pecahkan Botol Arak Di Depan Bangunan SUK .’ Jamal Didakwa Di Hospital Ampang Puteri..

KETUA Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos yang mengalami sakit belakang terpaksa didakwa di Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang, hari ini, atas tuduhan melakukan mudarat awam dengan memecahkan sejumlah botol arak, tahun lalu. - Foto ihsan pembaca


AMPANG: Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos yang mengalami sakit belakang terpaksa didakwa di Hospital Pakar Ampang Puteri, di sini, hari ini, atas tuduhan melakukan mudarat awam dengan memecahkan sejumlah botol arak, tahun lalu.

Majistret Raja Noor Dilla Raja Mahyaldin yang diiringi jurubahasa mahkamah dan pegawai penyiasat, tiba di wad premium hospital itu untuk membacakan tuduhan terhadap Jamal, 48, pada jam 10.45 pagi.


Media tidak dibenarkan masuk ketika prosiding selama setengah jam itu, malah pintu masuk ke wad berkenaan turut dikawal pengawal keselamatan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Jamal didakwa melakukan mudarat awam dengan memecahkan sejumlah botol arak dengan menggunakan penukul besi sehingga mendatangkan bencana, bahaya dan kegusaran awam.


Dia dituduh melakukan kesalahan itu di hadapan pintu pagar keluar pos 1, Bangunan SUK Shah Alam, jam 10.15 pagi, pada 5 Oktober 2017 dan didakwa mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum denda maksimum RM400.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Megat Mahathir Megat Tharif Afendi menawarkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin terhadap Jamal.

Bagaimanapun, peguam Mohd Nasir Yusof yang mewakili Jamal memohon jaminan RM2,000 dibenarkan terhadap anak guamnya.


Ketika ditemui media, Megat Mahathir memberitahu Jamal mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret.

Mahkamah membenarkan Jamal diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamian dan menetapkan 8 Jun ini untuk sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Shah Alam.

Sumber: Berita Harian


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2JbyMoG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.