Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Membantu Itu Mulia, Tapi Jangan Sampai Aibkan Maruah Mereka," Pihak Masjid Terkilan Isu Tular 7 Beradik Ditinggalkan Ibu Bapa.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Membantu Itu Mulia, Tapi Jangan Sampai Aibkan Maruah Mereka," Pihak Masjid Terkilan Isu Tular 7 Beradik Ditinggalkan Ibu Bapa..



Dibulan yang mulia ini, kita sebagai umat Islam harus sensitif terutamanya jika perkara melibatkan membuka aib atau memberikan komen-komen negatif melalui media sosial.

Sekalipun niat itu dirasakan betul untuk membantu atau memberi kesedaran orang awam terhadap apa yang ingin disampaikan, tetapi kaedah serta cara harus betul. Tanpa kita sedar, perbuatan baik kita mungkin mencalarkan hati sesetengah pihak.


Hal ini berkaitan dengan satu status Facebook yang telah dimuatnaik oleh seorang individu yang bertujuan untuk memberitahu orang ramai agar turut sama membantu 7 beradik yang ditinggalkan kedua ibu bapa mereka ini.


Pun begitu, hal ini mendapat perhatian pihak pengurusan Masjid Al Muhsinin yang berpendapat bahawa tindakan itu tidak wajar kerana secara tidak lansung ia mengundang aib ahli keluarga kanak-kanak tersebut.

Ikuti perkongsian daripada pihak masjid seperti dibawah, semoga bermanfaat kepada kita semua.


Isu viral anak2 ditinggalkan mak di kg raja ...

Pihak pngurusan masjid al muhsinin, kg raja amat trkilan dgn tndakan individu dan ngo's yg berniat baik utk membntu tetapi TIDAK brlandaskan kaedah yg betul.


Membntu sgt2 dialukan tambahan pula di ramadhan yg penuh barakah ini, tetapi mngapa menimbulkan aib ahli keluarganya. Anak2 ini masih mempunyai mak ayah serta saudara mara terdekat . Mengapa tidak dicari ahli keluarganya kemudian menyumbangkan atau dipanjangkan secara beradap melalui dermawan, agensi / jabatan kerajaan dan ngo's tertentu.

Kini anak2 viral yg semakin membesar dan ahli keluarga merasa malu bila ditanya kawan2 mengapa ibu mereka lari meninggalkan mereka ? malah dipersoalkan apa sebenarnya punca mereka ditinggalkan ?


Apa perasaan ahli keluarga terdekat bila aib mereka dipaparkan kpd umum ? Maruah ahli keluarga mereka tercalar dgn kaedah yg tidak berhati2 utk muncul menjadi 'hero yg didendangkan.'

Tanggapan masyarakat bukan hnya dlm kariah kg raja malah seluruh malaysia membayangkan pengurusan masjid tidak sensitif dan mempedulikan langsung hal kebajikan anak kariah kebetulan keluarga ini tinggal bersebelahan masjid shj.


Pihak ngo's dan invividu tertentu mengambil tindakan TANPA merujuk dan bertanya terlebih dahulu duduk perkara sebenar latarbelakang keluarga ini melalui pihak masjid.


Pihak masjid telah mengesan kes ini sejak awal 2017 lagi dgn memberi bantuan sekadar termampu tanpa menyentuh sensitiviti dan maruah keluarga tersebut memandangkan anak2 ini masih mmpunyai bapa atau ketua keluarga.


Tindakan memasuki rumah dgn menyelongkar serta mengambil gambar tnpa keizinan ketua keluarga amat dikesali .


Dipohon seluruh anak kariah faham isu sebenar dan diharap sama2 dapat memperbetulkan keadaan dan melindungi hak2 keluarga ini.

Sekian 



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2GTt8Co

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.