Hi! Welcome Back and Stay Tune! Menantu Gantung Bakul Di Balkoni Jiran, Warga Emas Dipukul Hingga Mati.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Menantu Gantung Bakul Di Balkoni Jiran, Warga Emas Dipukul Hingga Mati..



TINDAKAN seorang warga emas berusia 78 tahun yang mahu meleraikan pergaduhan berakhir tragedi apabila dia dipercayai mati dipukul anak lelaki jirannya pada Rabu.

Mangsa Tara Chand dikatakan mahu meleraikan pergaduhan di antara anak lelakinya dan anak jiran di Sektor 22 Rohini, New Delhi.


Pegawai polis kanan berkata, anak lelaki mangsa Ravi Prakash Mittal tinggal di tingkat empat manakala suspek, Ishwar Prasad tinggal di tingkat bawah.

Menurutnya, pergaduhan itu berlaku apabila isteri Ravi dikatakan meletakkan bakul di balkoni tingkat bawah kerana mahu mengambil barangan keperluan rumah daripada penjual yang menunggu di luar.


Tindakan itu menyebabkan Ishwar berang lalu berlaku pertengkaran berhubung perkara itu.

"Ravi kemudian memaklumkan kepada mangsa berhubung perkara itu sebelum warga emas terbabit cuba menyelesaikan masalah tersebut.

"Ketika pertengkaran berlaku, suspek dikatakan memukul mangsa hingga terbaring ke tanah," katanya seperti lapor portal Times of India.


Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital berhampiran sebelum doktor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Polis kemudian mengklasifikasikan kes ini sebagai kes bunuh lalu menahan suspek.

Sumber: Astro Awani


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2GSU0CM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.