‘Ambil Kesempatan Mengemis Dan Meminta Derma.’ Warga Asing Salah Guna Pas Lawatan Sosial Ketika Ramadan..
KOTA BHARU: Warga asing terutamanya dari negara jiran dikesan sengaja memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial semata-mata untuk menjadi pengemis setiap kali menjelang Ramadan.
Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan Wan Mohamad Saupee Wan Yusof berkata golongan ini selalunya berselindung sebagai pengutip derma bagi membiayai kos pembinaan pusat tahfiz atau pondok di negara masing-masing.
"Mereka selalunya akan menjadikan bazar Ramadan sebagai pusat operasi kerana ramai pengunjung ke situ bagi membeli juadah berbuka puasa.
"Justeru pihak kami akan sentiasa mengadakan operasi berterusan bagi membersihkan bazar Ramadan di negeri ini daripada kegiatan itu," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Beliau berkata dalam operasi terbaharu agensi tersebut di tiga lokasi bazar Ramadan iaitu di Kota Bharu dan Kubang Kerian di sini, serta Wakaf Bharu di Tumpat semalam, pihaknya menyelamatkan enam pengemis.
"Empat daripada pengemis yang ditahan itu berasal dari Thailand manakala dua lagi pengemis dipercayai berbangsa Rohingya.
"Ini adalah operasi kali kedua pada Ramadan kali ini bagi membersihkan bazar Ramadan daripada golongan pengemis asing yang mengambil kesempatan atas kemurahan hati penduduk di sini," katanya.
Katanya kesemua yang ditahan itu didapati melakukan kesalahan dengan menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial untuk mengemis dan melakukan kerja tanpa kebenaran mengikut Peraturan 39B (Peraturan-Peraturan Imigresen) 1959/63.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2J9zm6j
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment