Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Sumbat Enam Telefon Dalam Dubur’. Lelaki Ditahan Polis Cuba Seludup Masuk Telefon Untuk Kegunaan Banduan Penjara.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Sumbat Enam Telefon Dalam Dubur’. Lelaki Ditahan Polis Cuba Seludup Masuk Telefon Untuk Kegunaan Banduan Penjara..



Baitulmaqdis: Seorang lelaki sengaja menyebabkan dirinya ditahan bagi membolehkannya menyeludup ke dalam penjara enam telefon bimbit yang disorokkan di dalam duburnya.

Lelaki berketurunan Arab itu ditahan polis sempadan Israel apabila dikesan cuba memanjat pagar keselamatan berhampiran al-Ram, petang Selasa lalu.


Bagaimanapun, mereka sempat mengesan taktik lelaki terbabit yang sebenarnya menyimpan enam telefon bimbit di dalam badannya beberapa minit sebelum dia dihantar ke penjara keselamatan Ofer, lapor Jewish Press.


Polis turut mengesan lelaki terbabit cuba melakukan kegiatan sama sehari sebelum itu, namun disoal siasat dan dihantar pulang.


Memandangkan ia kesalahan berulang, suspek disoal siasat sekali lagi dan dibawa ke penjara sebelum semua telefon bimbit berkenaan dikeluarkan dari ususnya.

Related image

Related image

Telefon bimbit itu cuba diseludup masuk untuk digunakan enam banduan bagi memudahkan mereka berkomunikasi.

Kejadian itu berlaku sehari selepas menteri luar Palestin menggesa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) membuka siasatan segera terhadap dakwaan jenayah perang dan aparteid terhadap orang Palestin.


Di sebalik ketegangan yang berlaku dengan Israel, menteri terbabit, Riyad al-Maliki mengadakan pertemuan sejam dengan ketua pendakwa raya ICC, Fatou Bensouda di tribunal The Hague berhubung situasi di Palestin.

Sumber: Harian Metro


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2kx3hr7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.