Hi! Welcome Back and Stay Tune! Antara sandal Bata dengan beg Birkin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Antara sandal Bata dengan beg Birkin

Antara sandal Bata dan beg Birkin
Sandal murah tetapi selesa vs beg Hermes Birkin yang didambakan
BIRKIN, jenama beg tangan mewah dari Perancis yang dianggap simbol status dan kekayaan menjadi perhatian dunia apabila ia diangkut menggunakan troli oleh polis Malaysia.

Ia berikutan serbuan pihak polis ke kondominium mewah bekas Perdana Menteri, Najib Razak yang berjaya merampas 284 kotak berisi tas tangan berjenama mewah antaranya Hermes, dan Louis Vuitton.

Berdozen kotak oren mengandungi beg tangan jenama Hermes dipercayai milik isteri bekas perdana menteri itu, Rosmah Mansor telah menarik perhatian ramai.
Harga sebuah beg tangan Hermes Birkin boleh mencecah dari $8,000 (RM31, 776) hingga ratusan ribu ringgit dan 'kegilaan' Rosmah terhadap beg jenama tersebut menjadi bualan warga Twitter, di mana #Birkin telah menjadi trending.

"Victoria Beckham terkenal kerana memiliki 100 beg Birkin tetapi nampaknya ada orang lain telah mengambil alih takhtanya," kata seorang pengguna Twitter.
"Belanja mingguan? Beg tangan Birkin dari sebuah apartmen yang dikaitkan dengan bekas PM Najib, ke sebuah rumah baru di balai polis," tulis Jonathan Head@PakHead.

Ada juga yang mengatakan mereka tidak sedar bahawa beg mewah sedemikian wujud sehingga kes Rosmah muncul.
Berikutan rampasan terbabit, Rosmah turut dibandingkan dengan bekas wanita pertama dari Filipina, Imelda Marcos yang terkenal dengan kecintaannya terhadap kasut dan perhiasan.

Namun, disebalik kekalutan menyelubungi serbuan, perdana menteri baharu, Tun Mahathir Mohammad telah dilihat memakai sepasang sandal Bata berwarna coklat di sebuah masjid.

"Tun Mahathir kita tidak perlu tidak ada Gucci atau Hermes, hanya Bata sudah memadai," kata seorang pengguna Instagram yang mula-mula berkongsi gambar Tun Mahathir dalam 'posting' yang kemudian menjadi viral.

Bata, jenama murah dari Swiss yang popular dalam kalangan pelajar sekolah di Malaysia dan Singapura, turut mendapat manfaat apabila sandal tersebut dikatakan habis dijual menerusi online. - BBC
 


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2k8x1KV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.