Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sudah Waktunya 1Malaysia Tau-Clare - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sudah Waktunya 1Malaysia Tau-Clare

Sudah Waktunya 1Malaysia Tau-Clare|Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown mendedahkan, mendiang Kevin Morais yang menyalurkan maklumat mengenai siasatan Jabatan Peguam Negara (AGC) mengenai kes penyelewengan SRC International Sdn Bhd yang pernah menjadi anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Saya dihubungi secara langsung oleh orang itu (yang menyiapkan kertas pertuduhan). Saya rasa dia adalah Kevin Morais.

“Saya mempunyai sumber yang saya tidak akan dedahkan, sumber yang boleh dipercayai memberitahu ia adalah Kevin Morais,” katanya.

Tiga tahun lalu, adik kepada mendiang Kevin iaitu Charles, membuat akuan berkanun yang mendakwa Kevin merangka kertas pertuduhan ke atas Datuk Seri Najib Razak dan menghantar salinannya kepada Sarawak Report.

Kertas-kertas pertuduhan itu dihantar sehari selepas Najib memecat Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan beberapa pegawai tinggi dalam kerajaan yang didakwa cuba mengulangi pendakwaan terhadapnya.

Menurut kenyataan Charles kepada media, dia tidak percaya bahawa dakwaan kononnya mendiang Kevin diculik dan dibunuh mempunyai kaitan dengan beberapa kes rasuah beberapa individu yang sedang menghadapi perbicaraan ketika itu. Charles kemudian menuntut bedah siasat kali kedua.

Mendiang Kevin dipercayai telah diculik pada 4 September 2015 dan dicekik sehingga mati sebelum mayatnya disumbat dalam tong dram yang kemudian diisi dengan simen.

Pihak berkuasa menemui tong dram tersebut di Persiaran Subang Mewah, berhampiran Subang Jaya selepas dua minggu mangsa dilaporkan hilang.

Seperti Charles, Clare juga meragui penjelasan rasmi terhadap pembunuhan itu dan menggesa pihak berkuasa melakukan siasatan mendalam terhadap kes itu.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada minggu lalu mengesahkan, Gani Patail telah ditamatkan kontraknya kerana beliau telah bersedia untuk melakukan pendakwaan terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, selepas pihaknya mengesan sejumlah wang RM42 juta milik SRC dimasukkan ke dalam akaun peribadi individu-individu tertentu.

Bagaimanapun, Najib menafikan dakwaan itu dan menegaskan bahawa beliau tidak bersalah.

Sumber: Malay Mail

The post Sudah Waktunya 1Malaysia Tau-Clare appeared first on Eberita.org.



✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2LgzyPr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.