“Nilai Rampasan Harta Najib Mungkin Atasi Aset Pasangan Diktator Filipina Marcos & Imelda.” DS Anwar Ibrahim..
Ada kemungkinan nilai rampasan aset dari kediaman yang dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak akan mengatasi kekayaan pasangan diktator Filipina, Ferdinand Marcos dan isterinya, Imelda lapor Malaysiakini.
"Saya rasa kita mungkin akan mencatat rekod mengagumkan dan melebihi (harta) Imelda dan yang lain-lain," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipetik Financial Times.
Ketua Umum PKR itu menjelaskan kadar salah guna kuasa oleh kerajaan BN sebelum ini "sangat mengejutkan" terutama apabila ramai pemimpin parti terbabit sibuk bercakap mengenai usaha membantu golongan miskin.
"Semua mereka itu agak sakit mindanya," kata bekas timbalan perdana menteri itu lagi.
Temu bual itu disiarkan ketika polis masih terus menyiasat Najib - kini menjadi anggota parlimen pembangkang mewakili Pekan, Pahang - berhubung skandal 1MDB serta syarikat yang berkaitan dengannya.
Sejumlah barang kemas, wang tunai, beg tangan mewah serta pelbagai aset lain disita anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman sejak beberapa hari lalu.
Selain kediaman Najib dan isterinya Rosmah Mansor di Jalan Langgar Duta, Kuala Lumpur, polis juga menggeledah tiga unit kondominium yang ada kaitan dengan pasangan terbabit di Pavilion Residence, di kawasan segi tiga emas kota raya.
Mati dalam buangan
Polis menggunakan lima lori untuk mengangkut pelbagai barang yang dirampas itu. Antaranya ialah 72 beg wang tunai serta 284 kota beg tangan berjenama mewah.
Media juga melaporkan polis merampas lebih 100kg jongkong emas serta wang tunai bernilai lebih RM100 juta dari kondominium berkenaan.
Bagaimanapun setakat ini polis belum mengesahkannya.
Pasangan Marcos yang disebut Anwar dalam temu bual berkenaan ialah bekas pemerintah Filipina yang akhirnya tumbang digulingkan rakyat negara itu pada 1986.
Mereka berkuasa di Filipina sejak 1965.
Imelda, 88, dikenang sebagai wanita yang gemar bergaya dan menunjuk-nunjukkan kemewahannya. Suaminya ialah presiden ke-10 Filipina dan mati di dalam buangan di Honolulu, Hawaii pada 28 Sept 1989. Dia berusia 72 tahun.
Pasangan itu dikatakan menyonglap antara AS$5 bilion hingga AS$10 bilion harta negara sepanjang tempoh berkuasa.
Bukit Aman mula menggeledah rumah Najib di Jalan Langgak Duta itu sejak malam Rabu lalu - hanya seminggu selepas dia gagal memimpin BN mendapatkan mandat rakyat sekali lagi bagi mentadbir Malaysia.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kemudian mengarahkan polis menjalankan siasatan ke atas Najib berhubung skandal 1MDB yang menggemparkan ramai orang itu.
Semalam satu peti besi yang didakwa terkunci selama 20 tahun akhirnya berjaya dibuka selepas polis mencubanya lebih 24 jam.
Difahamkan sejumlah wang ditemui di dalam peti keselamatan berkenaan.
Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh memberitahu mereka juga menjalankan penggeledahan bagi mendapatkan bukti di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.
Sebelum ini Najib didakwa menerima dana bernilai AS$731 juta (RM2.9 bilion) yang disyaki diselewengkan dari 1MDB.
Bagaimanapun Najib menarikan beliau terbabit dalam sebarang salah laku atau penyelewengan.
Semalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menyerahkan notis kepada Najib supaya hadir di pejabat agensi penguat kuasa berkenaan untuk diambil keterangan pada 22 Mei ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2x7V2Lg
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment