Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tukang kunci dipanggil untuk buka peti besi di rumah Najib - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tukang kunci dipanggil untuk buka peti besi di rumah Najib

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dipercayai tukang kunci, dilihat keluar dari kediaman rasmi bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Taman Duta di sini, malam tadi.

Namun lelaki yang kelihatan dengan sebuah kotak peralatan tersebut enggan memberikan sebarang komen ketika ditemui pemberita.

Sebelum itu, pada sekitar jam 6 petang tadi, peguam Najib, Datuk Harpal Singh Grewal berkata pihak polis masih dalam proses membuka peti besi tersebut yang berusia lebih 20 tahun.

Bagaimanapun, agensi berita Reuters melaporkan, dua tukang kunci dari syarikat Lion Steelworks Sdn Bhd dipanggil bagi membantu dalam proses pembukaan peti besi yang dikatakan kuncinya telah hilang.

Menurut Reuters, mereka telah menghubungi pengurus syarikat tersebut, Tan See Chong melalui pesanan ringkas dan Tan mengesahkan dua lelaki berkenaan bekerja di syarikat itu.

“Boleh buka, tidak susah. Kami syarikat pengeluar peti besi itu.

“Ia jenis peti keselamatan yang lama. Jenis ini akan mengambil masa yang lebih lama (untuk membuka) kerana mempunyai ciri anti-gerudi,” laporan itu memetik Tan sebagai berkata.

Terdahulu, sekitar jam 4 petang tadi, puluhan kotak dipercayai mengandungi barangan peribadi Najib dibawa keluar oleh pihak polis menggunakan sebuah lori Polis Diraja Malaysia.

 

Sumber :



✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2KKmwZt

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.