Hi! Welcome Back and Stay Tune! LG Q7 Dilancarkan Dengan Tiga Versi Berbeza - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

LG Q7 Dilancarkan Dengan Tiga Versi Berbeza

Hari ini ialah hari yang agak sibuk di dalam dunia telefon pintar dengan beberapa peranti baru dilancarkan. Di Korea Selatan LG Q7 telah dilancarkan dalam tiga model berbeza iaitu LG Q7+, LG Q7 dan LG Q7α. Ketiga-tiganya adalah peranti kelas pertengahan tetapi masih mengekalkan kemampuan audio yang tinggi.

LG Q7+ dilengkapi skrin 5.5″ FHD+ FullVision Display, memori sebesar 4GB RAM, storan sebesar 64GB. kamera utama 16-Megapixel, kamera hadapan 5-Megapixel sudut lebar dan bateri sebesar 3000 mAh yang mempunyai sokongan pengecasan pantas QuickCharge. Model ini adalah yang paling premium dengan sistem audio Hi-Fi Quad DAC disertakan.

LG Q7 dilengkapi skrin 5.5″ FHD+ FullVision Display, memori sebesar 3GB RAM, storan sebesar 32GB. kamera utama 13-Megapixel, kamera hadapan 5-Megapixel sudut lebar dan bateri sebesar 3000 mAh yang mempunyai sokongan pengecasan pantas QuickCharge.

Akhir sekali LG Q7α pula dilengkapi skrin 5.5″ FHD+ FullVision Display, memori sebesar 3GB RAM, storan sebesar 32GB. kamera utama 13-Megapixel, kamera hadapan 5-Megapixel dan bateri sebesar 3000 mAh yang mempunyai sokongan pengecasan pantas QuickCharge.

Aneh sekali pihak LG tidak mengumumkan pemproses apa yang digunakan untuk setiap model. Mereka hanya memberikan maklumat penggunaan pemproses 1.5 GHz lapan teras atau 1.8 GHz lapan teras. Ketiga-tiganya walau bagaimanapun mempunyai sokongan pengecasan USB-C, nyahkunci menggunakan imbasan waja, Qlens, audio DTS:X, kemampuan kalis air IP68, melepasi standard tahan lasak MIL-STD 810G. Ketiga-tiga model akan dijual pada pasaran Eropah bermula bulan Jun sebelum ke pasaran lain. Tiada maklumat mengenai harga jualan buat masa ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2kgB4Vn

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.