Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bekas Juruhebah Hot FM Meninggal Dunia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bekas Juruhebah Hot FM Meninggal Dunia

bekas juruhebah hot fm meninggal dunia 1

Kredit foto: Instagram Hot FM

Rafly Rahamat, bekas penyampai radio Hot FM Terengganu dan Manis FM meninggal dunia petang semalam.

Menurut kenyataan dikeluarkan teman baiknya, Muhammad Saifuddin Rashid atau El kepada portal Mstar Online, allahyarham menghembuskan nafas terakhir dalam lingkungan jam 7.10 malam di rumah keluarganya di Kuantan, Pahang.

Apa yang menyentuh hati El, dia tidak menyangka kunjungan melawat arwah pada tengah hari itu merupakan detik terakhir mereka meluangkan masa bersama.

bekas juruhebah hot fm meninggal dunia 2

Kredit foto: Instagram Rafly Rahamat

"Sayu saya melihat keadaan Rafly yang nazak selain fizikalnya yang terlalu kurus.

"Ketika kami meminta izin untuk pulang dia seolah-olah tidak membenarkan kami balik dan minta kami berada di sisinya.

"Terkejut juga apabila mendapat perkhabaran Allahyarham meninggal dunia tetapi Alhamdulillah kami sempat bertemu dengannya buat kali terakhir," ujarnya.

Katanya lagi, Rafly baru sahaja mendapat kebenaran untuk keluar daripada Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan baru-baru ini selepas ditempatkan di sana sejak April lalu.

Justeru dia sendiri tidak dapat membuat kesimpulan tentang penyakit sebenar yang dihidapi arwah, sebaliknya hanya menyifatkan ia sebagai penyakit misteri.

Menerusi tinjauan di Instagram pula mendapati beliau ada memaklumkan tentang keberadaannya di rumah dengan kapsyen memohon agar para peminat mendoakan kesejahteraannya.

Selain itu, kiriman terakhir beliau iaitu pada tiga hari lalu memaparkan foto bersama rakan berserta kapsyen tentang keinginan untuk mendapatkan kembali bentuk tubuh asal.

bekas juruhebah hot fm meninggal dunia 3

Kredit foto: Instagram Rafly Rahamat


✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2GFscl8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.