Pertemuan pertama pasukan khas 1MDB
Sinar Harian
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - Pasukan Khas bagi menyiasat skandal berkaitan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang baru diumumkan penubuhannya hadir untuk satu pertemuan kali pertama di Menara Ilham, di sini sebentar tadi.
Selain bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, turut sama dilihat memasuki bangunan tersebut adalah bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull yang tiba antara jam 2 petang.
Sementara itu turut kelihatan menyertai pertemuan tersebut adalah seorang lagi bekas Peguam Negara, Sri Abu Talib Othman yang tiba kira-kira 15 minit kemudian.
Pasukan Khas tersebut diwujudkan bagi menjalankan siasatan terperinci, pengesanan dan rampasan aset serta pendakwaan terhadap individu yang melakukan apa-apa kesalahan jenayah dalam pengurusan 1MDB.
Pasukan Khas tersebut akan bertanggungjawab dalam keseluruhan aspek penyelarasan siasatan, pengesanan kewangan dan perolehan aset yang berpunca dari salah laku dan penyelewengan dana 1MDB yang tersimpan atau dilaburkan di dalam dan luar negara.
AKAN MENYUSUL
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Iy3wkl
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment