'Harap polis tak bocorkan butiran siasatan' - Rosmah
Setelah lama berdiam diri, isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor akhirnya tampil bersuara menggesa pihak berkuasa tidak membocorkan butiran siasatan yang dijalankan terhadap dia dan suaminya, Datuk Seri Najib Razak.
Rosmah berkata demikian selepas mendapati ada beberapa perkara yang berkaitan dengan siasatan itu terdedah di media sosial dalam kenyataannya yang dikeluarkan pihaknya oleh firma guaman Valen, Oh and Partners.
Walaubagaimanapun, Rosmah menjelaskan mereka dan keluarga akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis untuk membantu siasatan.
"Menjadi harapan kami supaya pihak berkuasa boleh memastikan kedaulatan undang-undang dipelihara dan dalam proses itu, mengelak berlakunya perbicaraan awam pramatang.
"Agensi penguat kuasa tidak sepatutnya menyalurkan bahan untuk persendaan media sosial, sebaliknya mematuhi dan menegakkan profesionalisme ketat pada setiap masa," katanya.
Sementara itu, Najib pula menyatakan rasa kesalnya terhadap tindakan pihak berkuasa yang juga menyita barangan peribadi di dua unit kediaman keluarganya secara melulu.
Menurut peguamnya, Datuk Harpal Singh Grewal, kondominium pertama didiami anak lelakinya, Norashman Najib dan yang kedua didiami anak perempuannya, Nooryana Najwa atau Gina serta keluarga.
"Dalam serbuan pertama di kondominium Ashman, polis menyita beberapa barangan peribadi seperti jam tangan dan komputer riba milik pembantunya. Manakala dalam kes Ashman pula, telefon bimbit, iPad dan komputer riba lama miliknya disita. Semua barangan itu digunakan untuk tujuan kerja oleh Ashman.
"Ketika serbuan dijalankan di kondominium Gina, hanya pembantu rumah yang berada di dalam rumah. Ia adalah tindakan yang mengejutkan kerana barangan sitaan adalah milikan peribadi yang dibeli atau dihadiahkan kepadanya sejak beberapa tahun lalu.
"Tambah mengejutkan, sitaan beberapa pasang kasut dan pakaian bayi yang dibeli untuk anak mereka. Namun Najib dan keluarganya akan terus memberi kerjasama kepada polis dalam siasatan yang dijalankan.
"Selain itu, publisiti meluas berkenaan sitaan itu yang kebanyakannya adalah barang peribadi milik anak Najib sudah memalukan keluarganya," katanya.
Difahamkan, Ashman dan Gina telah hadir ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersial untuk permohonan barangan sitaan dipulangkan secepat mungkin bagi mengelakkan penghinaan dan tekanan terhadap keluarga.
Sejak jam 10 malam Rabu lalu, polis menyerbu dan menggeledah kediaman bekas perdana menteri itu dan merampas pelbagai barangan dari tiga unit kondominium di Pavillion Residence Kuala Lumpur.
Dalam perkembangan terkini, Najib juga diarahkan untuk hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan berhubung siasatan skandal anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.
Sumber 'Harap polis tak bocorkan butiran siasatan' - Rosmah
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2wZP2EA
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment