Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerangka Spigen Mengubah iPhone X Untuk Kelihatan Seperti iPhone 2G Dan iMac G3 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerangka Spigen Mengubah iPhone X Untuk Kelihatan Seperti iPhone 2G Dan iMac G3

Anatara ura-ura awal yang didengari mengenai iPhone X (yang pada waktu tersebut dikenali sebagai iPhone 9) ialah ia akan mempunyai rekaan seakan iPhone generasi pertama. Usai pelancaran, ura-ura ini nyata kurang tepat cuma bingkai logam iPhone X sahaja menyamai iPhone asal. Bagi pemilik iPhone X, Spigen menghasilkan kerangka yang mengubah telefon pintar ini untuk kelihatan seperti iPhone 2G dan juga iMac G3.

Untuk kerangka iPhone 2G, bahagian belakang mempunyai dua tona warna perak dan hitam. Butang sisi pada kerangka turut berwarna hitam seperti telefon pintar yang mengubah landskap telefon selular pada tahun 2007. Kerana ia keluaran Spigen, teknologi menyerap hentakan disokong bagi memastikan peranti dilindungi sekiranya terjatuh.

Kerangka kedua pula mempunyai rekaan menunjukkan komponen dalaman seperti rekaan iMac G3 sebenar. Seperti iPhone, iMac G3 memberikan anjakan paradigma rekaan sebuah komputer peribadi yang sebelum itu mempunyai pilihan warna yang membosankan. Pada panel hadapan terdapat rekaan menyamai skrin hadapan, pemacu optikal dan pembesar suara.

Aneh sekali Spigen menggunakan platform biayasama Indiegogo untuk mengumpul dana menghasilkan dua kerangka ini. Anda boleh menyokong projek ini dengan membayar $35 (~RM 139) untuk kedua-dua kerangka atau $25 (~RM 99) untuk satu kerangka. Terdapat juga kerangka yang sama untuk iPhone 8 dihasilkan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Gv0wPS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.