Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sirul sedia dedah perkara sebenar pembunuhan Altantuya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sirul sedia dedah perkara sebenar pembunuhan Altantuya

SHAH ALAM: Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Koperal Sirul Azhar Umar sedia mendedahkan perkara sebenar dalam kes kematian model Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang berlaku 12 tahun lalu.

Dalam satu kenyataan, Sirul Azhar berkata, dia sedia membuat pendedahan itu dengan syarat diberikan pengampunan penuh daripada Yang di-Pertuan Agong.

“Tanpa pengampunan penuh daripada Yang di-Pertuan Agong, Australia tidak boleh melepaskan saya daripada tahanan,” katanya.

Menurutnya, dia sedia bekerjasama dengan kerajaan baharu untuk menjadi saksi sekiranya kes itu dibuka semula.

“Saya mengalu-alukan pertolongan daripada kerajaan Malaysia dan memohon kerajaan bekerjasama dengan kerajaan Australia bagi membebaskan saya daripada Pusat Tahanan Imigresen di Brisbane, Australia,” katanya.

Sirul Azhar berada dalam tahanan imigresen di Brisbane sejak 20 Januari 2015.

Menurutnya, hasrat itu disuarakan susulan rasa tidak puas hatinya terhadap keputusan perbicaraan kes bunuh tersebut kerana tiada saksi mata dikemukakan dan mahkamah hanya bergantung kepada bukti keterangan semasa yang tidak kuat.

Disebalik pengalaman hitam itu, Sirul juga sedih apabila dia dan keluarganya menjadi mangsa kecaman orang ramai.

“Mereka tak tahu. Itu kesalahan pertama saya. Bersama UTK, saya berkhidmat untuk menangkap dan bunuh pencuri dan pelbagai jenayah semuanya untuk keselamatan negara.

"Orang awam tak tahu bagaimana UTK berfungsi kerana kami kena ikut perintah," katanya.

BACA: Presiden Mongolia harap Tun Mahathir tegakkan keadilan buat Altantuya

Pada 23 Ogos 2013, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara membebaskan Sirul Azhar tertuduh kedua dan bekas anggota unit selam tempur UTK, Azilah Hadri tertuduh pertama selepas berpuas hati bahawa tidak selamat untuk mengekalkan sabitan dan hukuman gantung yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 April 2009.

Sirul Azhar didakwa atas pertuduhan membunuh wanita kelahiran Ulan Bator berusia 28 tahun antara jam 10 malam, 19 Oktober dan jam 1 pagi, 20 Oktober 2006 di Bukit Raja, Klang dekat sini.

Pada 13 Januari 2015, Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap kedua-duanya selepas membenarkan rayuan pendakwa raya yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan.

Selian mereka, bekas penganalisis politik, Abdul Razak Baginda yang pada mulanya didakwa bersubahat dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober 2008 selepas mendapati pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadapnya.



Sumber Sirul sedia dedah perkara sebenar pembunuhan Altantuya

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2KE7ZhS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.