Hi! Welcome Back and Stay Tune! PKR: Kerajaan PAS Terengganu tak berhak tuntut royalti minyak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PKR: Kerajaan PAS Terengganu tak berhak tuntut royalti minyak

Azan Ismail berkata, kerajaan Terengganu tidak perlu mempolemikkan isu royalti minyak sehingga mengelirukan rakyat kerana perdana menteri akan fikir kaedah sesuai supaya manfaatnya diterima secara langsung rakyat negeri itu.

Azan Ismail berkata, isu tuntutan hak pembayaran royalti kini hanya tertumpu kepada proses rundingan politik antara kerajaan PAS Terengganu dengan kerajaan pusat.

KUALA TERENGGANU: Rakyat Terengganu tetap akan menerima manfaat hasil nilai setara dengan royalti minyak dan gas daripada kerajaan persekutuan Pakatan Harapan (PH), namun ia tidak akan diberi secara langsung kepada pentadbiran kerajaan negeri pimpinan PAS ketika ini.

Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata kerajaan Terengganu tidak perlu mempolemikkan isu royalti minyak sehingga mengelirukan rakyat kerana Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan memikirkan kaedah sesuai agar manfaatnya diterima secara langsung oleh rakyat negeri itu.

Azan yang juga timbalan pengerusi PH Terengganu berkata, kerajaan negeri tidak berhak menuntut royalti kerana ada halangan jelas dari sudut perundangan apabila kerajaan Terengganu sebelum ini di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) secara sukarela menarik balik tuntutan saman terhadap kerajaan persekutuan suatu ketika dahulu.

“Oleh kerana pentabiran yang berbeza di antara kerajaan pusat dan negeri ketika ini, isu tuntutan hak pembayaran royalti kini hanya tertumpu kepada proses rundingan politik antara kerajaan PAS Terengganu dengan kerajaan pusat,” katanya hari ini.

Semalam, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim menyuarakan harapannya supaya kerajaan pusat tidak mengulangi kesilapan BN, seterusnya menghormati Perjanjian Pembangunan Petroleum 1975 dengan mengembalikan bayaran royalti kepada Terengganu.

Kenyataan itu dibidas Pengerusi PH Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah yang mahu kerajaan negeri menggunakan pendekatan lebih beradab sekiranya mahu mewujudkan kerjasama dengan kerajaan pusat, khasnya berkaitan royalti minyak.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber PKR: Kerajaan PAS Terengganu tak berhak tuntut royalti minyak

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2GAUTj0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.