Jong-un mungkin senasib Gaddafi: Trump
Sinar Harian
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memberi bayangan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un mungkin mengalami nasib yang sama seperti Presiden Libya, Muammar Gaddafi.
Gaddafi dibunuh oleh rakyatnya sendiri atas nama demokrasi yang dilaungkan AS dan sekutunya.
Menurut Trump, Jong-un menanggung akibat sekiranya Pyongyang masih berdegil untuk meneruskan program nuklearnya.
Trump mengeluarkan ancaman itu ketika diminta mengulas kenyataan Penasihat Keselamatan Kebangsaan, John Bolton berhubung ‘model Libya’ sebagai jalan terakhir bagi menamatkan program nuklear Korea Utara, menjelang sidang kemuncak Washington-Pyongyang di Singapura pada 12 Jun ini.
Model Libya merujuk kepada perjanjian Gaddafi pada bulan Disember 2003 untuk menyerahkan program senjata nuklear Libya, termasuk membenarkan sentrifugasi uranium dihantar ke AS.
Bagaimanapun, Trump dilihat gagal memahami pengertian sebenar model Libya dan beranggapan perjanjian itu sebagai ‘lesen’ menyokong pemberontakan yang akhirnya membawa kepada pembunuhan Gaddafi di tangan pemberontak yang disokong Barat di Tripoli pada 2011.
“Apa yang berlaku ke atas Gaddafi mungkin berlaku kepada Jong-un. Tetapi jika kita membuat perjanjian, saya fikir dia tentu lebih gembira,” kata Trump.
Pada Selasa lalu, Korea Utara mengancam untuk membatalkan sidang kemuncak antara kedua pemimpin dan menyalahkan AS untuk ‘penagguhan nuklear unilateral.’ - Press TV
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2IwTwUq
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment