Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Kita melawat rakan yang dalam kesusahan', Ismail Sabri lawat Najib - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Kita melawat rakan yang dalam kesusahan', Ismail Sabri lawat Najib

KUALA LUMPUR: Demi seorang sahabat, Ketua-ketua Bahagian UMNO berpakat untuk melawat bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di kediamannya di Jalan Langgak Duta.

Antara yang hadir untuk memberi sokongan moral terhadap Najib Razak adalah Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri.

Menurut Ismail Sabri, beliau hadir untuk memberi sokongan moral kepada bekas pemimpin negara itu pada saat beliau dilanda musibah.

Ketika ditanya tentang mengapa pemimpin UMNO berpakat untuk hadir melawat hari ini dan bukan sejak hari pertama, jawabnya mudah sahaja.

“Kami ingin memberikan masa pada siasatan yang dijalankan, hari ini dilihat sesuai untuk melawat jadi kami datang hari ini untuk berjumpa beliau (Najib)," katanya ketika ditemui di perkarangan kediaman Najib Razak di Jalan Langgak Duta, di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar turut hadir untuk melawat bekas Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional itu.

“Kita melawat rakan yang dalam kesusahan. Jangan masa senang sahaja kita ada bersama dia,” ujarnya.

Antara lain yang datang melawat Najib Razak adalah Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican.



Sumber 'Kita melawat rakan yang dalam kesusahan', Ismail Sabri lawat Najib

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2KH1MSx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.