Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pemilihan parti: RoS beri UMNO sehingga April 2019 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pemilihan parti: RoS beri UMNO sehingga April 2019

KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) bersetuju untuk memberi tempoh lanjutan masa pemilihan seluruh jawatankuasa termasuk Majlis Tertinggi UMNO dijalankan selewat-lewatnya pada 19 April 2019.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata RoS bersetuju untuk memberi tempoh lanjutan masa dengan merujuk kepada Fasal 10.16 Perlembagaan Pertubuhan.

"Fasal itu membenarkan penangguhan pemilihan di peringkat Majlis Tertinggi dalam tempoh yang tidak lebih daripada 18 bulan dari tarikh yang sepatutnya diadakan iaitu pada 30 April 2018.

"Selaras dengan itu, Majlis Tertinggi UMNO telah menetapkan tarikh persidangan tahunan Cawangan UMNO dan Pergerakan Wanita, Pemuda serta Puteri UMNO dimulakan pada 19 Mei 2018 (Sabtu) sehingga 10 Jun (Ahad) 2018," katanya dalam kenyataan.

Mesyuarat UMNO di peringkat bahagian pula ditetapkan pada 30 Jun 2018 (Sabtu) dan kesemua persidangan ini dijalankan secara serentak dengan pemilihan parti di semua peringkat.

Tengku Adnan berkata, UMNO telah menerima kebenaran daripada RoS yang memaklumkan berhubung lanjutan pemilihan itu melalui surat bertarikh 31 Okt 2017.



Sumber Pemilihan parti: RoS beri UMNO sehingga April 2019

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2ISEQ5r

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.