Aksesori Tempat Simpanan AirPods Pada Tali Jam Apple Watch Telah Dihasilkan
Kenapa ramai pengguna memilih untuk memiliki produk Apple? Adakah ia prestij? Direka dengan lebih kemas? Membuatkan anda kelihatan mewah? Ini semua persoalan yang biasa didengari tetapi jawapan kami ialah kerana terdapat banyak aksesori yang menarik dihasilkan. Elago yang sebelum ini menghasilkan pengecas Apple Watch yang kelihatan seperti Apple Macintosh menghasilkan sebuah lagi aksesori menarik untuk jam tangan pintar ini.
Elago AirPods Wrist Fit ialah tempat simpanan AirPods yang dipasang pada tali jam tangan. Ia diperbuat daripada bahan silikon bagi mengelakkan AirPods tercalar ketika disimpan. Aksesori ini berguna bagi insan yang bersenam tetapi tidak ingin membawa pod simpanan AirPods yang agak besar. Bagi yang berminat penyimpan AirPods ini dijual pada harga hanya $11.99 (RM 48).
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HKu8JP
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment