Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wanita Maut Selepas Kereta Terhumban Masuk Ke Dalam Sungai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wanita Maut Selepas Kereta Terhumban Masuk Ke Dalam Sungai



Seorang wanita maut selepas kereta yang dipandunya dipercayai terbabas sebelum terhumban masuk ke dalam sungai berhampiran Kampung Gobeilt di sini semalam. Mangsa, Tin Ong Ing, 54, ditemui mati lemas dalam kereta jenis Kia Rio yang dipandunya pada pukul 10.50 pagi. 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, kejadian tersebut disedari oleh orang awam pada pukul 6.30 pagi sebelum mereka menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, kali terakhirnya mangsa bertemu dengan ahli keluarganya sebelum menghantar anaknya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada pukul 5 pagi. 

"Kereta yang dipandu wanita itu ialah milik suaminya dan kenderaan yang terhumban dalam sungai berkenaan telah diangkat ke darat dengan menggunakan jengkaut," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Alexson menambah, mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Umum Sarawak di sini untuk dibedah siasat. "Buat masa ini, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya lagi.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HKJlKB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.