Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kecerdasan Buatan Meramalkan Brazil Akan Memenangi Piala Dunia 2018 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kecerdasan Buatan Meramalkan Brazil Akan Memenangi Piala Dunia 2018

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum temasya Piala Dunia akan bermula di Rusia. Sebanyak 32 pasukan akan berentap dan juara akan menjulang piala yang diukir oleh Silvio Gazzaniga ini pada 15 Julai hadapan. Kami yakin ramai sudah memilih pasukan mana akan disokong kerana Malaysia tidak ke Piala Dunia. Tetapi pasukan yang mana pula akan memenanginya?

Bola SepakFirma Goldman Sachs telah menggunakan kecerdasan buatan untuk meramal pemenang tahun ini. Selepas melakukan 1 juta simulasi perlawanan menggunakan 200,000 model, Brazil diramalkan sebagai pemenang. Pasukan Seleciao diramalkan akan mengalahkan Jerman pada perlawanan akhir bagi menebus kekalahan 7-1 ketika pusingan separuh akhir pada temasya yang lalu.

Kecerdasan buatan ini turut meramalkan England akan kandas di suku akhir di tangan Jerman. Sepanyol dan Argentina turut kandas seperti England si pusingan yang sama. Rusia pula dikatakan tidak akan melepasi peringkat kumpulan dan Arab Saudi melakukan kejutan dengan mara ke pusingan kedua.

Pada tiga temasya sebelum ini, Goldman Sachs turut meramalkan Brazil akan memenangi Piala Dunia dan tiga kali juga ia gagal menjadi kenyataan. Beza ramalan dahulu dan sekarang ialah, ini kali pertama kecerdasan buatan digunakan oleh mereka.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2LOeUFT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.