Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lenovo P52 Hadir Dengan Spesifikasi Berkuasa, Termasuk Sehingga 128GB RAM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lenovo P52 Hadir Dengan Spesifikasi Berkuasa, Termasuk Sehingga 128GB RAM

Lenovo mempunyai sejumlah penawaran komputer riba bertaraf workstation berkuasa dibawah jenama ThinkPad. Hari ini, menambah penawaran dibawahnya, Lenovo telah pun hadir dengan ThinkPad P52.

Lenovo ThinkPad P52

Dengan fokus sebagai workstation, komputer riba ini menyertakan sejumlah spesifikasi yang tinggi – termasuk menggunakan cip Intel Xeon dan kad grafik NVIDIA Quadro P3200. Komputer riba ini juga hadir dengan memori sehingga 128GB RAM serta storan mencapai 6TB.

Dengan kuasa pemprosesan tinggi ini, ia sekaligus memudahkan para pembangun dan mereka yang terlibat dalam arena multimedia untuk menghasilkan grafik, kandungan realiti-maya atau realiti-gabungan, animasi 3D, serta pelbagai simulasi dengan mudah menggunakannya.

Melengkapkan komputer riba 15.6-inci ini juga adalah sokongan panel paparan 4K dan juga kebolehan menggunakan ia bersama dermaga ThinkPad untuk memberikan lebih port sambungan untuknya.

Harga jualan ThinkPad P52 ini masih tidak diumumkan. Dengan spesifikasi dan penawaran yang hadir, semestinya ia berada pada segmen premium tersendiri dan tidak disasarkan kepada pengguna umum.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2JVDbMO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.