Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sultan Selangor amat dukacita orang Melayu hasut rakyat benci Raja - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sultan Selangor amat dukacita orang Melayu hasut rakyat benci Raja

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak sebut nama sesiapa tetapi baginda secara spesifik titah ia dilakukan oleh segelintir orang Melayu sendiri.
 
Ibarat kata mereka yang makan cili tentu terasa pedasnya.
 
Sultan Selangor pada Jumaat menegur tindak tanduk hak tertentu yang secara terbuka menghina serta memperlekeh institusi raja bagi menghasut dan mempengaruhi rakyat supaya membenci Raja-raja Melayu.
 
Baginda juga tidak sebut isu apa tetapi antara yang terbaru hangat dimainkan dalam media sosial ialah penyebaran senarai perbelanjaan Yang Dipertuan Agong yang tidak dapat dipastikan kebenaranya.

Selain itu posting ringkas kata-kata kesat terhadap Yang Dipertuan Agong menerusi laman blog milik seorang aktivis pembangkang yang didakwa dimuatnaik oleh pihak tertentu setelah digodam..

Juga kontroversi mengenai lantikan Peguam Negara Tommy Thomas.
 
Titah baginda, paling mendukacitakan adalah apabila hasutan supaya membenci Raja-raja Melayu itu dilakukan oleh segelintir orang Melayu sendiri.
 
"Peranan institusi Raja adalah bagi memelihara dan mempertahankan kedudukan orang Melayu dan agama Islam serta kaum-kaum lain di negara ini.
 
"Penularan budaya ini dalam kalangan pihak tertentu harus dihentikan agar rakyat tidak terus dihasut supaya membenci Raja-raja Melayu sehingga mengakibatkan taat setia rakyat terhakis," titah baginda pada majlis berbuka puasa bersama rakyat dan penyampaian sumbangan hari raya, di Shah Alam.
 
Turut berangkat ke majlis tersebut adalah Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.?
 
Tegas Sultan Sharafuddin, institusi raja berperanan dalam sistem raja berpelembagaan yang diamalkan di negara ini malah sentiasa mendukung prinsip-prinsip yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
 
Oleh itu, baginda menyeru semua orang Melayu khususnya di Selangor mengelak perbalahan sesama sendiri yang boleh membawa kepada perpecahan sehingga memberi imej buruk kepada agama Islam.
 
Sultan Sharafuddin mahu semua umat Islam supaya berbaik sangka, bersatu padu, bertolak ansur dan sentiasa bersedia untuk memaafkan serta membantu antara satu sama lain seperti ajaran agama yang mengutamakan nilai-nilai positif.
 
“Rakyat juga perlu membantu dan menyumbang untuk kemajuan negeri dan negara. Jangan hanya mengkritik, mencaci, mengecam dan mencela terutamanya di media sosial kerana ia bukan sahaja menyakiti hati orang lain, tetapi akan memberikan kesan negatif kepada rakyat serta pembangunan negara,” titah baginda.
 
Sultan Selangor juga menyeru seluruh rakyat negeri itu supaya terus bersatu padu dan mengukuhkan keharmonian sesama masyarakat tanpa mengira pangkat, darjat, usia, bangsa dan agama selain melaksanakan pelbagai langkah meningkatkan taraf ekonomi termasuk berhemah dalam berbelanja. - 8/6/2018
 


Sumber Sultan Selangor amat dukacita orang Melayu hasut rakyat benci Raja

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2y7ukTy

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.