Annuar Musa tampil untuk berentap dengan Mohamad Hassan jawatan Timbalan Presiden UMNO…
Makin hari makin panas menjelang pemilihan jawatan utama UMNO pada 30 Jun ini.Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan kini sudah ada saingan untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO.
Setelah berlegar spekulasi mengenai jawatan nombor dua UMNO itu ekoran pengumuman Datuk Seri Hishamuddin Hussein tidak bertanding sebarang jawatan,Tan Sri Annuar Musa muncul Sabtu malam.
Beliau buat pengumuman menerusi laman facebooknya menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO.
Ketua Penerangan UMNO itu berkata beliau ambil keputusan itu setelah berbincang dengan pemimpin kanan parti peringkat nasional dan negeri.
Mohamad Hassan membuat pengumuman nak bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO pada 2 Jun lalu dan sudah hantar borang pencalonannya petang itu.
BERIKUT IALAH KENYATAAN PENGUMUMAN TAN SRI ANNUAR MUSA:
PENGUMUMAN:
Mengambil kira situasi terkini dalam parti dan setelah berbincang dengan pemimpin pemimpin kanan parti di peringkat nasional dan negeri SAYA DENGAN PENUH RASA TANGGUNGJAWAB MEMAKLUMKAN BAHAWA SAYA AKAN MENAWARKAN DIRI UNTUK BERTANDING DI JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN UMNO dalam pemilihan UMNO pada 30/6/18 ini.
Kepada ALLAH SWT saya berserah.Semoga segalanya berjalan dengan baik dan KESETIAAN SAYA PADA PARTI DEMI MEMPERJUANGKAN AGAMA,BANGSA DAN NEGARA AKAN TERUS SAYA PERTAHANKAN
INSYAALLAH...
Tan Sri Annuar Musa
No Ahli 000000124
Umno Bhg Ketereh
KELANTAN.
Annuar disebut bergandingan Zahid... tapi masih belum umum
Namanya disebut-sebut bakal bergandingan dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam pemilihan UMNO hujung bulan ini.
Tapi tuan badan Tan Sri Annuar Musa hanya akan membuat pengumuman rasmi pada minggu hadapan.
Dari cakap-cakap dalam parti, Annuar dijangka bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO sekaligus bersaing dengan Datuk Seri Mohamad Hassan.
Ini kerana Tok Mat Hassan dilihat dekat dengan kem Tengku Razaliegh Hamzah yang turut dijangka umum tawar diri bertanding Presiden UMNO minggu depan.
Percaturan baru di koridor kuasa ini selepas Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengumumkan tidak bertanding sebarang jawatan untuk pemilihan kali ini.
Annuar yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata beliau perlu melawat banyak negeri bagi memberi penerangan supaya proses pemilihan parti tersebut berjalan dengan baik.
"Sekarang ini saya mahu tumpukan untuk membantu pentadbiran parti, banyak kerja yang perlu dilakukan.
"Ia amanah parti yang perlu saya jalankan untuk bertemu akar umbi parti, pokoknya parti sudah membuka seluasnya dan mengalukan sesiapa sahaja tawarkan diri untuk bertanding," katanya.
Menurutnya, anggota parti kali ini mahukan pemilihan berjalan dengan baik, tidak berkumpulan, tiada politik wang dan seharusnya tiada amalan-amalan negatif sepanjang proses pemilihan itu.
Annuar berkata UMNO perlu berubah dengan kembali kepada prinsip dan idealisma perjuangan parti itu agar tidak membenihkan segala amalan yang tidak baik ke dalam parti.
"Pemilihan kali ini saya lihat luar biasa kerana ramai golongan muda, wanita dan professional tampil menawarkan diri untuk bertanding bagi memperkasakan parti," katanya.
Beliau berkata apa yang dikhuatiri sebelum ini iaitu tiada siapa yang akan menawar diri untuk bertanding jika UMNO tidak lagi mempunyai kuasa, sama sekali tidak menjadi kenyataan.-9/6/2018
Sumber Annuar Musa tampil untuk berentap dengan Mohamad Hassan jawatan Timbalan Presiden UMNO…
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2y7uCK8
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment