Hi! Welcome Back and Stay Tune! 6 ‘Content Marketing’ Power Yang Patut Anda Buat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

6 ‘Content Marketing’ Power Yang Patut Anda Buat

Zaman sekarang bisnes lebih tertumpu kepada pemasaran tidak langsung atau lebih dikenali sebagai ‘content marketing’ iaitu kandungan pemasaran. Pendekatan sebegini lebih relevan dengan corak pembelian pelanggan masa kini yang tidak gemar dengan bisnes yang terlalu menjual.

Iklan secara terang-terangan bersifat menjual kini dilihat kurang menarik perhatian pelanggan. Mereka lebih suka perkongsian maklumat, penyelesaian masalah dan kandungan bermanfaat supaya boleh dikongsi kepada rakan-rakan.

Kami kongsikan 6 ‘content marketing’ yang mungkin anda tidak pernah lakukan dan inilah masanya untuk anda lakukan sesuatu yang baru buat bisnes anda.

Video



Sumber Foto: Google


Kebiasaannya orang akan fikir video mesti berkait dengan iklan. Cuba berfikir di luar kotak. Ketengahkan siapa di sebalik tabir bisnes anda. Siapa yang bertanggungjawab dalam pelbagai aspek dalam menjalankan bisnes anda. Siapa yang menjadi pendorong atau mentor anda.

Pelanggan akan lebih mengenali bisnes anda dengan mendalam tidak terhad dengan maklumat produk atau servis semata-mata.

Kelainan yang boleh dibuat adalah melakukan testimoni secara spontan kepada pelanggan setia anda. Konsep keterbukaan ini akan mendekatkan lagi hubungan anda dengan pelanggan. Selain meningkatkan kepercayaan pelanggan.

Infografik



Sumber Foto: Google


Pernah dengar tak infografik? Infografik adalah kombinasi informasi dan grafik. Secara mudahnya gabungan visual dan teks. Lazminya berbentuk carta alir dan rajah yang menerangkan data atau maklumat secara ringkas.

Cara ini gemar dilakukan oleh kebanyakan bisnes besar dan sektor kerajaan dalam menyampaikan maklumat yang berat atau serius dalam bentuk yang santai dan ceria. Jadi apa salahnya bisnes berskala kecil untuk mencubanya.

Ramai menggemarinya kerana ia mudah untuk ’share’dan dibaca kerana dalam bentuk imej tunggal. Lihat saja satu visual terus dapat banyak maklumat. Pelanggan anda pasti akan suka. Pastikan infografik anda disertakan dengan nama perniagaan, media sosial dan laman web bisnes anda supaya mereka yang melihatnya akan tahu tentang bisnes anda.

Kajian Kes



Sumber Foto: Google


Pernah atau tidak anda terfikir pengalaman pelanggan boleh dijadikan sebagai kajian kes. Kajian kes boleh dijadikan sebagai ‘content marketing’ dengan memfokuskan pengalaman pelanggan terhadap bisnes anda. Bagaimana respon dan pengalaman mereka sebelum membeli, ketika menggunakan dan selepas menggunakan produk atau servis anda.

Anda juga boleh meninjau sejauh mana produk atau servis anda mampu menyelesaikan masalah mereka dengan melakukan kandungan pemasaran seperti ini. Kajian kes boleh digubah dalam bentuk penceritaan (story-telling). Pastikan ia nampak realistik supaya keyakinan pelanggan terhadap bisnes anda dapat ditingkatkan.

 Temubual



Sumber Foto: Google


Temubual boleh dijadikan sebagai kandungan pemasaran dengan melibatkan individu seperti pelanggan setia, peneraju dalam industri atau staff anda sendiri. Menggunakan kaedah ini boleh menjadikan ‘content marketing’ anda lebih menarik dan mempunyai nilai interaksi peribadi.

Perkongsian begini lebih menonjolkan kisah pengalaman peribadi terhadap bisnes anda yang mampu mempengaruhi persepsi orang ramai. Seeloknya biarlah pengalaman yang positif kerana ia melibatkan reputasi bisnes anda juga.

Manakala temubual bersama peneraju industri pula mampu menunjukkan profesionalisme anda dalam mewujudkan interaksi dengan bisnes lain. Secara tidak langsung akan meluaskan rangkaian (networking) bisnes dan audien anda.

Senarai Semak



Sumber Foto: Google


Senarai semak atau ‘checklist’ boleh dijadikan sebahagian daripada ‘content marketing’ di dalam blog, laman web, infografik dan emel. Senarai semak ialah maklumat yang lebih jelas dan ringkas maka ia memudahkan orang ramai untuk membaca dan ‘share’.

Anda boleh menghasilkan apa jua topik yang berkaitan dengan bisnes anda atau minat pelanggan. Yang lagi ‘power’ bila anda boleh menyenaraikan perkara yang dapat membantu masalah mereka. Pasti mereka akan tertarik untuk mengikuti ‘posting’ dari bisnes anda secara tidak langsung memudahkan kerja pemasaran anda.

Lebih mudah dan ringkas lagi jika anda meletakkan senarai semak ini di dalam infografik kerana ia mudah untuk di ‘share’. Dengan itu anda harus peka untuk menjenamakan bisnes anda melalui infografik dengan meletakkan nama bisnes, laman web dan laman media sosial bisnes anda.

Newsletter



Sumber Foto: Google


Newsletter adalah ‘content marketing’ yang paling popular dan banyak bisnes menggunakannya. Ia dihantar menggunakan emel secara terus kepada sekumpulan pelanggan sedia ada dan prospek pelanggan.

Newsletter dianggap eksklusif kerana ia tidak dipaparkan secara umum dan khusus untuk kumpulan tertentu sahaja. Anda boleh mendorong mereka untuk mendaftar dengan menawarkan kepada mereka kandungan istimewa secara percuma yang mereka tidak boleh dapat di tempat lain.

Kesimpulannya, inilah yang dikatakan orang, sambil menyelam minum air. Sambil kita berkongsi maklumat sambil kita memasarkan bisnes kita. Tidaklah nampak bisnes anda terlalu obses dalam mendesak pelanggan beli dan beli secara langsung, malah bisnes anda boleh dilabelkan sebagai hub maklumat dan ilmu kepada orang ramai.



Sumber 6 ‘Content Marketing’ Power Yang Patut Anda Buat

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2ugKjKb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.