Hi! Welcome Back and Stay Tune! Adam Rayqal ditemui mati di rumah pengasuh, mayat disorok dalam peti sejuk - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Adam Rayqal ditemui mati di rumah pengasuh, mayat disorok dalam peti sejuk

Adam Rayqal

Adam Rayqal

BAYI lelaki lima bulan, Adam Rayqal Mohd Sufi, ditemui sudah meninggal dunia di rumah pengasuhnya di Jalan Nahkoda Kiri Tiga, Kampung Nakhoda, Batu Caves, Gombak.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, mayat Adam Rayqal ditemui kira-kira jam 11 malam tadi dan disorokkan dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak yang membuat pemeriksaan di rumah berkenaan.

Katanya, mayat bayi berkenaan ditemui lengkap dengan pakaian namun berbalut kain napkin dan disumbat dalam beg berwarna hijau.

“Mayat Adam Rayqal ini ditemui selepas siasatan polis mendapati terdapat keraguan dalam keterangan pengasuhnya.

“Polis kemudian membawa pengasuh berkenaan ke rumahnya sebelum ditunjukkan lokasi mayat bayi itu disimpan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di Kampung Nakhoda.

Menurut Ali, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis menahan dua suspek iaitu pengasuh yang berusia 33 tahun serta rakan serumahnya yang berusia 36 tahun.

“Mayat bayi berkenaan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat,” katanya

Sebelum ini, media melaporkan kehilangan bayi berkenaan dipercayai dilarikan individu tidak dikenali dari rumah pengasuhnya, petang semalam.

Bapa bayi itu, Mohd Sufi, 28, turut memuat naik gambar Adam Rayqal di laman sosial miliknya meminta orang awam membantu mengesan anaknya itu.

 

Sumber: Harian Metro

 

Damailah di sana, Adam Rayqal…

JENAZAH bayi berusia lima bulan, Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ladang Tok Pelam, di Kuala Terengganu, 10.30 malam tadi.

Sebelum itu, jenazah bayi itu tiba di Masjid Al-Muktafi Billah Shah pada 9.53 malam untuk solat jenazah.

Jenazah Adam Rayqal dipangku datuknya, Mohd Fauzi Jusoh, 61, dan dibawa ke kawasan tanah perkuburan.

Lebih 1,000 orang hadir termasuk ibu bapa bayi malang, Farrah Madihah Othman, 28 dan Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi, 28.

Selain ahli keluarga mangsa, penduduk setempat yang terkejut dengan kejadian tragis menimpa mangsa turut hadir memenuhi kawasan perkuburan seawal 8.30 malam.

Suasana sedih menyelubungi tanah perkuburan berkenaan sepanjang proses pengebumian bayi itu.

Terdahulu, jenazah Adam Rayqal selamat tiba di rumah datuknya, Mohd Fauzi di Taman Chendering Utama, Chendering, 9.25 malam.

Turut hadir di rumah keluarga datuk mangsa adalah Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Malah, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kota memasang lampu agar proses pengebumian berjalan lancar selain polis yang mengawal lalu lintas.

Semalam, Adam Rayqal dilaporkan hilang selepas pengasuhnya dikatakan tersalah serah bayi berkenaan kepada seorang lelaki yang menyamar sebagai bapanya di Kampung Nakhoda, Batu Caves pada 6.30 petang.

Bagaimanapun, polis menemui mayat bayi berkenaan disorokkan dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu di rumah pengasuh terbabit, kira-kira jam 11 malam, selepas mendapati terdapat keraguan pada keterangannya.



Sumber Adam Rayqal ditemui mati di rumah pengasuh, mayat disorok dalam peti sejuk

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2lUShol

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.