Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penjaga Gol Korea Selatan, Jo Hyeon Woo Yang Kacak Kini Bergelar Wira - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penjaga Gol Korea Selatan, Jo Hyeon Woo Yang Kacak Kini Bergelar Wira

Satu kejutan besar di atas kemenangan Korea Selatan terhadap Jerman baru-baru ini. Malah, masih meniti di bibir peminat arena bolasepak antarabangsa.

Antara yang sering disebut, adalah penjaga gol berusia 26 tahun Korea Selatan, Jo Hyeon Woo yang telah dinobatkan sebagai seorang wira selepas berjaya menyelamatkan pasukan Korea Selatan daripada tersingkir dan melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

Pasukan Mexico, Sweden dan lain turut sama meraikan kekalahan pasukan Jerman. Berikut ini adalah sedikit info tentang wira yang berasal dari Korea Selatan ini:

1. Pernah bermain untuk Sun Moon Universiti

Penjaga gol Korea Selatan ini memulakan karier beliau sebagai seorang pemain bola sepak di Sun Moon Universiti pada usia 20 tahun.

2. Daegu FC

Berikutan prestasi beliau yang baik semasa di Sun Moon University, beliau telah ditawarkan untuk bermain dengan Daegu FC. Beliau telah menyertai kelab tersebut semenjak 1 Januari 2013 sebagai penjaga gol skuad kesebelasan utama pasukan itu.

3. Mendapat gelaran Penjaga Gawang Terbaik

Beliau telah membuat kejutan setelah dinobat sebagai Penjaga Gol Terbaik semasa East Asian Football Championship E-1 (EAFF). Sempena dengan itu, pengurus pasukan Korea Selatan iaitu Uli Stielke percaya bahawa Jo adalah pilihannya yang tepat untuk menyertai pasukan kebangsaan Korea Selatan ke Piala Dunia 2018.

4. Bukan penjaga gawang utama

Jo sebenarnya bukanlah penjaga gawang yang utama di dalam pasukan Korea Selatan. Beliau pada asalnya merupakan penjaga gawang yang ketiga dan hanya diberi kepercayaan untuk menjadi yang utama ketika perlawanan menentang pasukan Jerman kerana faktor ketinggiannya, 1.90 meter mengatasi ketinggian penjaga gawang utama Korea Selatan. Strategi yang digunakan oleh Uli Stielke ternyata tepat dan mendatang hasil selepas pasukan itu berjaya mengalahkan pasukan Jerman.

5. Man Of The Match!

Selepas mengalahkan Jerman, Korea Selatan mula dipandang tinggi oleh pasukan lain kerana mampu mengalahkan pasukan besar di Piala Dunia 2018 itu. Asakan demi asakan yang diberikan oleh pasukan Jerman berjaya ditepis oleh Jo Hyun Woo. Beliau kemudiannya telah dinobatkan sebagai Man Of The Match oleh FIFA dan sekaligus telah mengharumkan negara pengeluar Kimchi itu.

6. Sudah berkeluarga

Beliau telah berkahwin dengan seorang wanita yang berasal dari negara yang sama. Namun terdapat beberapa insiden yang melibatkan isteri beliau dihina dan dikatakan tidak sepadan dengan penjaga gawang yang terkenal itu kerana tidak memiliki rupa paras yang cantik. Berikutan, isterinya telah membuat keputusan untuk menyahaktifkan Instagram.

The post Penjaga Gol Korea Selatan, Jo Hyeon Woo Yang Kacak Kini Bergelar Wira appeared first on Aliff Channel.



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2uai4fP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.