Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Avengers: Infinity War' Akan Diterbitkan Dalam Format 'Thanos Extended Cut' Untuk Blu-ray? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Avengers: Infinity War' Akan Diterbitkan Dalam Format 'Thanos Extended Cut' Untuk Blu-ray?


Avengers: Infinity War dilaporkan akan mendapat versi 'extended cut' untuk pasaran Blu-ray yang mana akan mempunyai lebih masa untuk bercerita tentang latar belakang Thanos. Thanos mungkin sudah diceritakan sedikit sebanyak dalam beberapa filem sebelum ini, namun untuk Infinity War, Thanos nampaknya diceritakan sebagai sebuah watak antagonis yang terbaik setakat ini.


Lakonan Josh Brolin membolehkan watak Thanos menjadi hebat dari gambaran. Malah ada juga yang berharap supaya Thanos akan ada filem solonya sendiri. Dan kini, didedahkan bahawa backstory Thanos sebenarnya lebih luas daripada apa yang kita tonton dan 'special cut' akan mendedahkan semua ini.

Perkara ini didedahkan oleh pencipta Thanos, Jim Starlin di Las Vegas Comic Con. Di situ, Starlin mendedahkan beberapa beberapa perkara penting tentang Avengers: Infinity War. Dia menceritakan bahawa ada 30 minit babak yang menampilkan Thanos dipotong. Babak-babak itu melibatkan backstory Thanos. Jika ianya benar, maka peminat dapat melihat babak tersebut apabila Blu-ray Infinity War diterbitkan kelak.

Walaupun begitu, perlu diketahui bahawa Starlin bukanlah pembuat keputusan sama ada babak tersebut perlu dimasukkan dalam Blu-ray atau tidak. Jaid, buat masa ini, maklumat ini hanyalah sebuah khabar yang belum dapat diketahui kebenarannya. Setakat ini, Marvel Studios tidak pernah menerbitkan extended version untuk semua filemnya. 






✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2lYEqgY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.