Hi! Welcome Back and Stay Tune! Oppo Mengemaskini Harga Jualan F5, F7 128GB Dan A83 – Bermula Dari RM 699 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Oppo Mengemaskini Harga Jualan F5, F7 128GB Dan A83 – Bermula Dari RM 699

Pada bulan Jun yang lalu kesemua harga jualan peranti pintar di Malaysia dikurangkan kerana tiada lagi caj GST. Hari ini Oppo mengemaskini lagi harga tiga peranti iaitu Oppo A83, Oppo F5 dan Oppo F7 128GB. Harga jualan Oppo A83 kini RM699, Oppo F5 kini RM999 dan Oppo F7 128GB kini RM1599.

Oppo F5 dilengkapi skrin 6-inci, cip MediaTek MT6763T, memori 4GB RAM, ruangan storan 32GB, kamera belakang 16-megapixel dan juga kamera hadapan 20-megapixel. Melengkapkannya juga adalah sokongan dwi-SIM, dan bateri berkapasiti 3200mAh.

Oppo A83 pula dilengkapi skrin 5.7-inci pada nisbah skrin 18:9, dilengkapi cip MediaTek P23, memori 3GB RAM, dan ruangan storan 32GB. Melengkapkan ia juga adalah kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 8-megapixel dan bateri berkapasiti 3180 mAh.

Akhir sekali Oppo F7 128GB hadir menggunakan skrin 6.23-inci dengan rekaan bertakuk, memori sebesar 6GB RAM, storan 128GB, dilengkapi cip MediaTek Helio P60, kamera hadapan 25-megapixel untuk rakaman swafoto, kamera utama 16-megapixel di bahagian belakang dan bateri berkapasiti 3400mAh.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2KTy1y8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.