Earl Bradley: Pakar Pediatrik Pedofilia
Pada tahun 2009, rakyat Amerika dikecutkan dengan satu berita penangkapan seorang pakar pediatrik. Earl Brain Bradley, seorang pakar pediatrik yang kelihatan seperti orang-orang biasa sahaja. Tapi siapa sangka disebalik perwatakan dia selaku seorang doktor, terpendam sejenis nafsu yang lebih teruk daripada seekor haiwan. Ya, dialah pakar pediatrik yang yang ditahan polis atas tuduhan merogol kanak-kanak bawah umur.
Lebih daripada 15 tahun dia bebas melakukan jenayah tersebut.(1994-2009). Seramai lebih daripada 1200 kanak-kanak yang menjadi mangsa nafsunya. Malah, bayi yang baru berusia 3 bulan turut dijadikan sasaran oleh manusia bertopengkan binatang ini. Akhirnya pada tahun 2011 setelah melalui proses perbicaraan yang lama, dia secara rasmi dijatuhkan hukuman penjara maksimum 14 penggal berturut-turut seumur hidup dan ditambah lagi 165 tahun di dalam penjara tanpa parol.
Namun, mengapakah jenayahnya mengambil masa yang agak lama untuk diketahui atau lebih tepat dihukum. Hal ini kerana masyarakat itu sendiri. Apa yang terlintas dalam fikiran kita bila disebut mengenai doktor? Ya, ia merupakan pekerjaan yang mulia. Itulah yang cuba dieksploitasikan oleh Bradley dalam memastikan dirinya tidak ditangkap.
Statusnya sebagai seorang doktor umpama membenarkan segala salah lakunya. Tahukah anda, kebanyakan jenayah yang dia lakukan berselindung disebalik alasan rawatan. Dia menggunakan alasan melakukan rawatan namun disebaliknya itu, dia melakukan perbuatan terkeji tersebut. “If your daughter has an ear infection, take her to Bradley and she’II get a free vaginal exam”. Inilah gambaran yang diberikan oleh Bruce Hudson, peguam yang mawakili salah sorang mangsa Bradley. Hal ini menunjukkan bahawa Bradley sanggup menyalahguna tanggungjawab sebagi doktor demi kepentingan diri
Salah sapakah ini? Ya salah kita selaku masyarakat. Kita terlalu berfikiran positif dengan alasan seseorang itu berpendidikan pasti dia baik. Namun, itu SALAH. Seperti kes Bradley ini. Walaupun sudah banyak gosip yang tular mengenai jenayahnya, tiada siapa yang cuba membawanya ke muka keadilan. Pelbagai aduan yang di buat oleh ahli keluarga mangsa, namun tiada siapa yang percayai. Mengapa hal ini terjadi? Ia kerana statusnya selaku seorang DOKTOR. Seperti kisah dibawah
Seorang ibu melaporkan kepada pihak polis yang dia ternampak Bradley memegang lampin anaknya. Bradley yang susah hati cuba menafikan kejadian yang lihat oleh ibu budak tersebut. Oleh itu, Bradley menuduh ibu mangsa tersebut cuba mengambil duit daripadanya dengan menggunakan kekerasan. Namun, siapakah yang polis tersebut percaya? Dia lebih mempercayai Bradley. Alasannya kerana seorang ibu itu “Not credible enough compared to the doctor”. Dapatkah anda bayangkan betapa kecewanya seseorang ibu itu apabila anaknya cuba diperkosa namun dinafikan oleh mereka yang sepatutnya melindungi mereka.
Kejadian Bradley ini cukup jelas menggambarkan kegagalan masyarakat memainkan peranan dalam menangani perkara ini daripada berlaku. Status pendidikan dijadikan alasan oleh masyarakat untuk sentiasa berpandangan positif mengenai seseorang itu. Misalnya yang berlaku kepada salah seorang ibu mangsa. Dia mengadu kepada rakannya mengenai perbuatan yang dilakukan oleh Bradley. Namun respon yang dia dapat hanya sebuah pertanyaan yang seolah-olah cuba menafikan perbuatan tersebut. “He’s a doctor, are you sure?”.
Nampak, sejak dari dahulu lagi masyarakat mengamalkan sikap prejudis. Ada sahaja alasan yang diberi bagi menafikan atau menghalalkan sesuatu perbuatan tersebut walaupun jelas ia merupakan sebuah jenayah.
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2lZdJbW
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment