Adakah Perlu Makan Ubat Cacing?
Bayangkan sahaja jika umur anda sekarang adalah di usia 30-an. Dan juga pula, bayangkan berapa bayak dan pelbagai jenis cacing beranak pinak dalam badan anda?
Ada orang yang bertanya adakah perlu untuk orang dewasa makan ubat cacing ini. Jawapan ringkas adalah perlu dan buat orang dewasa makan ubat cacing. Memetik laman sembangviral.com, ramai yang mengadu…
1. Kenapa saya mengambil apa-apa supplement/vitamin atau jamu tidak nampak kesan kepada saya?
2. Kenapa saya sering rasa gatal-gatal di kawasan tertentu, penyakit dihadapi payah sembuh? Kemaluan saya berbau busuk, walaupun sudah beberapa kali berjumpa doktor mendapatkan perawatan dan hilang sekejap tetapi berulang lagi.
3. Kenapa saya mudah selalu gastrik/masuk angin dan perut jadi sensitif. Badan tidak bertenaga. Kadang-kadang saya makan sudah terlalu banyak tetapi masih lagi lapar di waktu tengah malam?
4. Perut saya buncit berbunyi sesuatu dalamnya. Dan banyak lagi simpton cacing banyak didalam tubuh badan manusia.
Ada yang mengatakan setiap 15hb-21hb bulan Melayu biasanya cacing akan bertelur dan membiak biak dalam usus manusia. Betul atau tidak, allahualam lah kan.
Salah satu cara bagi badan sentiasa sihat dan bertenaga dengan memastikan pengambilan ubat cacing setiap enam bulan sekali.
Ubat cacing boleh di ambil setiap enam bulan untuk pencegahan, tapi dalam kes lebih serius, perlu di ambil setiap tiga bulan.
Pemberian ubat cacing kepada kanak-kanak bawah umur dua tahun perlu dirujuk kepada doktor dulu.
Sekarang ini , bila kita ambil ubat cacing , cacing takkan keluar sesekor macam zaman dulu. Cacing cacing akan hancur melalui najis. Jadi jangan takut makan ubat cacing.
Jangan ambil mudah dengan masalah kecacingan kerana kebanyakan kita mungkin ingat cacing hanya berada di dalam usus ajer.
Sebenarnya jangkitan cacing boleh berlaku di memana bahagian badan seperti mata, hati, paru-paru, salur darah. Jangkitan juga boleh berlaku melalui sentuhan pada kulit.
Tanda-tanda kecacingan
Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis
Alahan kulit yang teruk – bengkak atau ruam & gatal terutama pada waktu malam
Gatal sekitar lubang najis (dubur)
Alahan terhadap makanan
Sakit perut – cirit-birit, kembung, sembelit
Anemia – kurang darah (ada cacing yang menghisap darah)
Keletihan luar biasa – lesu, kurang tumpuan, kemurungan, gelisah, demam
Tiada selera makan, pucat,
Kurang berat badan walaupun selera makan ada
Mengetap gigi ketika tidur malam (grinding of the teeth at night)
Kedutan dan lingkaran hitam pada kelopak mata
Hiperaktif
Sakit kepala
Sensitif terhadap cahaya
Gusi & hidung berdarah
Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)
Jadi jom la kita singkirkan cacing cacing yang duk berjoget joget berhureyyy dalam badan dan usus kita ni kan. Baru la bila makan atau ambil apa apa supplement/vitamin atau jamu nampak kesan yang positif.
Bila cacing di hapuskan baru la mudah untuk kita cecantik. Idok lah membazir duit asyik keluar je tapi tak ada kesan kan kan.
Mana yang nak berdiet atau tengah ikhtiar hamil sangat di galakkan ambil ubat cacing tiga atau enam bulan sekali.
Kalau rasa bermanfaat buat korang jangan lupa LIKE & SHARE
The post Adakah Perlu Makan Ubat Cacing? appeared first on Aliff Channel.
✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2zh7E46
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment