Alat Menghalang Operasi Dron Yang Dipakai Pada Tubuh Anggota Tentera Dihasilkan
Penggunaan dron di medan perang akan semakin berkembang selepas pihak tentera mula menyedari keberkesanannya dalam mengurangkan risiko pada anggota tentera. Beberapa sistem raifal anti-dron telah dibangunkan seperti Droneshield dan Dronegun. Tetapi ini memerlukan memerlukan seorang anggota tentera membawanya sepanjang masa di samping perlu membawa raifal standard.
Bagi menyelesaikan masalah ini Pitbull telah dihasilkan oleh MyDefence yang berpangkalan di Denmark. Alat penghalang operasi (jammer) dron ini dipakai pada baju kalis peluru anggota tentera. Sistem ini melakukan gangguan pada frekuensi radio yang sering digunakan untuk mengawal dron. Setiap Pitbull menghasilkan perisai anti dron berdiameter 1 kilometer. Dengan antena tambahan, kawasan yang dirangkumi ini boleh dibesarkan.
Bateri yang digunakan memberikan halangan operasi selama dua jam secara berterusan. Tidak seperti raifal anti dron yang berat, Pitbull hanya seberat 775 gram dan masih membenarkan anggota tentera membawa senjata seperti biasa. Apabila dipadankan dengan sistem pengesan dron Wingman 103, Pitbull akan secara automatik menghalang frekuensi radio dron tersebut tanpa menyebabkan gangguan kepada sistem komunikasi yang digunakan oleh anggota tentera.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2tWOJ8C
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment