Microsoft Dilaporkan Sedang Membangunkan Surface Yang Boleh Dimuatkan Dalam Poket
Microsoft sebelum ini telah beberapa kali diperkatakan sedang membangunkan sebuah tablet Surface yang boleh dilipat dan membawakan saiz seumpama telefon pintar. Setelah beberapa bulan senyap mengenainya, kini laporan baru mengenainya hadir kembali ke arena web.
Dikenali dengan nama kod Andromeda, peranti ini dijangka hadir dengan rekaan dwi-skrin – dimana ia boleh dibuka untuk menjadi sebuah telefon pintar, atau dilipat dan dibawa kemana-mana dengan mudah dalam poket.
Peranti baru ini kelak dijangka akan membuka kepada arena perkomputeran serba baru, dan turut menyertakan input berasaskan stylus. Secara tidak langsung, ia akan menawarkan penggunaan seumpama sebuah buku – dimana pengguna boleh membuka ia, dan membuat input menggunakan stylus.
Microsoft dikatakan masih sedang membangunkannya secara rahsia di dalam syarikat mereka – selain turut memfokuskan kepada rekaan engsel yang merapatkan skrin apabila peranti berkenaan dibuka.
@zacbowden @h0x0d @windowscentral #Surface Andromeda Render according to the latest patents pic.twitter.com/CmbvlfETtU
— David Breyer (@D_Breyer) December 18, 2017
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Microsoft akan memperkenalkannya. Sekiranya ia dipasarkan kelak, berkemungkinan juga kita akan melihat ia dijana cip berasaskan ARM untuk masa penggunaan yang lama.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan penawaran peranti dwi-skrin daripada Microsoft ini – apatah lagi dengan pelbagai pengeluar yang turut sedang melihat ke arena lebih kurang sama.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2IHbjaG
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment