Hi! Welcome Back and Stay Tune! Netflix – Malaysia Di Tangga Ketiga Dunia Melakukan Maratonton Rancangan Kegemaran Di Tempat Awam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Netflix – Malaysia Di Tangga Ketiga Dunia Melakukan Maratonton Rancangan Kegemaran Di Tempat Awam

Menstrim siri TV dan filem pada peranti pintar kini adalah sesuatu yang normal kerana ia boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Perkhidmatan penstriman membolehkan tontonan tanpa henti tanpa sebarang gangguan iklan seperti rancangan televisyen biasa. Pihak Netflix telah berkongsi tabiat pengguna mereka di seluruh dunia dan menarik sekali terdapat statistik pengguna dari negara kita Malaysia.

Di dalam pungutan suara yang dilakukan oleh Netflix, 80% pengguna Malaysia mengaku maratonton (binge watching) rancangan kegemaran mereka ketika di tempat awam. Ini meletakkan Malaysia di tangga ke-tiga di belakang India (88%) dan Filipina (86%). Ini adalah jauh lebih tinggi berbanding purata global iaitu 67%.

Pengguna Malaysia dan Thailand juga didapati gemar melakukan maratonton kandungan Netflix ketika makan. Sebanyak 59% pengguna Malaysia melakukannya berbanding 58% pengguna dari Thailand. Tabiat buruk menonton Netflix ketika di tempat kerja juga dilakukan oleh46% pengguna Thai. Di India 65% menggunakan Netflix ketika di dalam pesawat dan 58% ketika menaiki bas.

Kami mengakui adalah pengguna Netflix yang memuat turun rancangan yang ingin ditonton terlebih dahulu. Siri Friends dan Sherlock sentiasa di dalam peranti bagi mengurangkan kebosanan sekiranya terperangkap di dalam kesesakan jalan raya ke tempat kerja setiap hari. Bagaimana pula dengan anda?



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Kxv9dB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.