Xiaomi Menghentikan Kemaskini Android Oreo 8.1 Untuk Xiaomi Mi A1
Xiaomi Mi A1 adalah telefon pintar pertama Xiaomi yang menjalankan sistem operasi Android asli daripada program Android One. Ia juga adalah antara peranti Android One yang paling popular. Peranti ini boleh dikemaskini kepada Android Oreo 8.1 bagi pengguna di Malaysia beberapa hari yang lepas, namun ia ditarik kembali selepas pepijat yang ditemui.
Android Oreo 8.1 untuk Xiaomi Mi A1 ini membawakan tampalan sekuriti bulan Jun 2018, penambahbaikan prestasi, membaiki beberapa pepijat dan menurut pengguna ia turut mengurangkan penggunaan storan dalaman serta mempunyai jangka hayat bateri yang lebih baik. Walau bagaimanapun, kemaskini ini dihentikan selepas pepijat yang memadam sejarah SMS ditemui. Pepijat ini hanya berlaku jika pengguna membuang aplikasi SMS daripada recent apps.
Jadi, bagi pengguna yang masih belum kemaskini Mi A1 mereka – anda boleh bersabar dan nantikan kemaskini baru dengan lebih banyak pepijat yang dibaiki dan juga lebih stabil.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2MGE49T
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment