Hi! Welcome Back and Stay Tune! Feri Swalayar Akan Digunakan Untuk Membawa Pejalan Kaki Di Norway - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Feri Swalayar Akan Digunakan Untuk Membawa Pejalan Kaki Di Norway

Sistem teksi swapandu sudah mula diuji di Singapura. Dalam hanya satu generasi kemampuan pemanduan sendiri sudah meningkat berlipat ganda. Kemampuan pemanduan automatik ini hanya mula digunakan pada industri maritim bagi menghasilkan kapal swalayar. Di Norway, ia sedang diuji pada feri pembawa penumpang di Trondheim.

Autoferry ialah feri berkuasa elektrik swalayar yang mampu membawa sehingga 12 pejalan kaki dan penunggang basikal. Dengan menggunakan Autoferry, pengguna boleh menyeberangi sebuah terusan selebar 100 meter dalam masa seminit. Pada waktu ini pejalan kaki perlu berjalan selama 15 minit untuk mencari jambatan berhampiran untuk menyeberangi terusan yang sama.

Penggunaan feri ini ialah alternatif lebih murah berbanding membina sebuah jambatan baru yang turut akan menghalang pergerakan kapal yang menggunakan terusan. Setiap kali Autoferry tiba di dermaga, baterinya akan dicas bagi membolehkannya beroperasi sepanjang masa tanpa henti. Semasa beroperasi sistem GPS, radar, kamera optikal, kamera infra merah dan LiDAR digunakan bagi memastikan ia belayar dengan selamat. Sekiranya ujian dilepasi dengan jayanya, Autoferry akan mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 2019.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2KnZz2K

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.