'Benci Ahli Politik, Keldai Jadi Mangsa Tempat Lepas Geram.' Keldai Diseksa, Dicat Dan Dirempuh Dengan Kereta Oleh 'Binatang' Yang Tidak Bertanggungjawab Hingga Mati..
ISLAMABAD: Seekor keldai yang menjadi sebahagian daripada aksi politik di Pakistan menjelang Pilihan Raya esok akhirnya mati, kelmarin selepas seminggu ia diseksa dengan teruk termasuk dirempuh dengan kereta.
Haiwan digelar Hero itu menjadi mangsa pihak tidak berperikemanusiaan yang melepaskan geram mereka terhadap segelintir ahli politik di negara itu.
Keldai yang cedera teruk itu ditemui seorang penduduk yang bertindak menyerahkannya kepada Yayasan Ayesha Chundrigar (ACF) yang cuba menyelamatkannya.
Menurut jurucakap ACF, perbuatan kejam ke atas haiwan itu jelas satu bentuk jenayah kebencian yang ditujukan kepada sebuah parti politik yang digelar sebagai 'keldai'.
"Jika mereka menganggap ini satu perbuatan menyeronokkan, ia sememangnya tidak masuk akal. Mereka patut malu dengan diri sendiri," katanya.
Keldai tersebut dijumpai dalam keadaan menyayat hati dengan seluruh mukanya turut dicat individu tidak bertanggungjawab. - Daily Mail
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2JUY9aO
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment