Petani naik haji berkat menabung sejak remaja
JAWA TIMUR - INDONESIA. Sikap suka berjimat cermat dan menabung sejak zaman remaja memberi pulangan lumayan kepada Mbah Supinah apabila beliau akhirnya berpeluang menunaikan ibadah haji tahun ini.
Mbah Supinah, 78, berkata beliau menunggu selama 28 tahun dalam usaha melaksanakan tuntutan Rukun Islam Kelima itu.
Berasal dari Desa Ngrupit, Ponorogo, Mbah Supinah berkata beliau hanya bekerja sebagai petani dan hasil jualan tani sebahagian besarnya disimpan untuk dijadikan tambang ke tanah suci Mekah.
“Dari dulu saya menabung dan apabila jumlahnya cukup, saya mendaftar haji pada 2010. Sepatutnya, saya berangkat ke tanah suci pada tahun depan.
“Namun, atas faktor kesihatan saya diberi peluang menunaikan haji lebih awal,” katanya.
Mbah Supinah dijadualkan berangkat ke tanah suci pada Sabtu ini. - Detiknews
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2uRc50H
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment