Hi! Welcome Back and Stay Tune! PELAKON KHALID SALLEH MENINGGAL DUNIA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PELAKON KHALID SALLEH MENINGGAL DUNIA

PELAKON KHALID SALLEH MENINGGAL DUNIA. Innalillahhiwainnalillahhirojiun..
Salam takziah buat seluruh keluarga, saudara mara, sahabat taulan kepada Allahyarham Khalid Salleh yang di khabarkan telah pulang kerahmatullah lebih kurang jam 3 petang tadi di Pusat Perubatan Ampang Puteri.


Sesungguhnya itulah perjanjian manusia & Pencipta.. Sampai masa takkan lewat atau cepat walau sesaat.. Kita semua akan pulang kepadaNya.. Semoga Allah mengampuni dosa dosa Allahyarham & di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman. Semoga keluarga Allahyarham tabah menerima dugaan kehilangan orang yang tersayang. Beliau meninggal dunia pada usia 70 tahun.


Sedikit pengenalan tentang Allahyarham Khalid Salleh..

Beliau di lahirkan pada 29 Februari 1948. Beliau merupakan seorang pelakon, pengacara & penggiat teater di Malaysia. Allahyarham pernah dinobat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke 43 di Taipei pada tahun 1998 menerusi filem Jogho. Allahyarham merupakan pelakon lelaki kedua menerima pengiktirafan itu selepas Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. dan Pembantu Pelakon Lelaki Terbaik melalui filem Azizah The Legend. Allahyarham juga merupakan penulis buku berjudul Melayu Hilang di Dunia.

Antara filem filem lakonan Allahyarham..

1992 Penghujung Malam (Pelakon utama)
1993 Azizah The Legend (Ayah Azizah Pelakon pembantu)
1999 Jogho Mamat (Pelakon utama)
2001 Kaki Bakar (Kakang Pelakon utama)
2004 Buai Laju-Laju (Ibrahim Pelakon utama)
2016 Hanyut (Babalathci Pelakon utama)

Hilangnya sebutir bintang di persada seni Malaysia.. Sama sama kita sedekahkan Al Fatihah.


✍ Sumber Pautan : ☕ LEKAT LEKIT STORY

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Llr6lP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.