Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ku Li sokong idea Azmin kaji semula DEB - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ku Li sokong idea Azmin kaji semula DEB

Sinar Harian
Tengku Razaleigh
Tengku Razaleigh
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah bersetuju tindakan kerajaan yang akan mengkaji semula Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Veteran Umno itu menyifatkan saranan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai idea yang bagus.
Ku Li berkata, apa juga dasar boleh dikemaskini kerana tiada apa yang kekal.

"Saya rasa ia (DEB) idea yang bagus. Apa juga dasar boleh dikemaskini. Tiada apa yang kekal.
"Perkara itu biasa. Ini kena ikut peredaran masa. Namun ia bergantung kepada pendekatan yang direncanakan," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam, Azmin berkata DEB akan dikaji semula oleh kerajaan akan melihat kepada keperluan dan bukan lagi bangsa.
Katanya, langkah itu memerlukan kajian keseluruhan DEB yang telah dilaksanakan oleh Umno dan BN selama ini.
Katanya, ia bagi memastikan polisi yang dibuat mengikut permintaan dan aspirasi rakyat Malaysia.


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2mKt7sN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.