The Star milik MCA, wakil rakyat PH bidas laporan
RSN Rayer berkata laporan akhbar itu tentang kelewatan Dewan Rakyat bersidang semalam tidak adil kepada Ahli Parlimen PH.
KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen tersinggung dengan laporan The Star tentang kelewatan Dewan Rakyat bersidang semalam, mengatakan laporan itu tidak adil kepada wakil-wakil rakyat Pakatan Harapan.
RSN Rayer (PH-Jelutong) berkata laporan The Star memmberi gambaran seolah-olah mereka pulang selepas waktu makan tengah hari, menyebabkan sidang Dewan Rakyat sesi petang terpaksa ditangguhkan selama 6 minit kerana tidak dihadiri ahli secukupnya.
Rayer berkata laporan itu tidak mencerminkan keadaan sebenar “kerana kami ada dalam Dewan Rakyat”.
“The Star milik MCA. Mungkinkah mereka sengaja cari publisiti murahan?” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata warga Jelutong menghubunginya bertanyakan di manakah dia pada hari itu.
“Jangan buat begitu kerana kami semua tersinggung,” katanya.
Kuorum minimum untuk mengadakan sidang Dewan Rakyat ialah 26 Ahli Parlimen.
Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof hari ini menjelaskan kelewatan semalam bukan masalah besar.
“Kelewatan hanya 6 minit. Mereka ada perbincangan dan harap media faham,” katanya
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2mGNEyH
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment