Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dr M perlu cari pengganti Sosma, kata bekas KPN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dr M perlu cari pengganti Sosma, kata bekas KPN

Tun Hanif Omar berkata bukti dalam sesetengah kes keselamatan sukar didapati.
PETALING JAYA: Tun Hanif Omar berkata pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad perlu memikirkan undang-undang untuk menggantikan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) atau Sosma apabila ia dimansuhkan.
Beliau menjelaskan usaha mendapatkan bukti dalam kes melibatkan keselamatan negara sebenarnya rumit.
“Membawa kes ke mahkamah cakap senang tapi susah. Pasal dia perlukan bukti-bukti yang mana dalam sesetengah kes keselamatan sukar didapati,” kata bekas ketua polis negara itu.
Beliau menggesa kerajaan merangka satu undang-undang yang membolehkan kes-kes keselamatan negara yang rumit dibawa ke mahkamah.
Hanif adalah ketua polis negara ke-4 dan berkhidmat dari 1974 hingga 1994, sebahagiannya ketika insurgensi komunis ke-2.
Agensi anti-pengganas membongkar lebih banyak plot serangan di Malaysia dan negara-negara jiran ketika kumpulan militan dan pesimpati mereka mengalihkan perhatian ke rantau ini selepas IS tumbang di Timur Tengah.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay kelmarin dilapor berkata lebih ramai wanita dijadikan radikal oleh militan IS, dan suspek mula menghasut orang lain.
Menurut beliau, sejak 2013 lebih 415 suspek pengganas ditangkap di Malaysia dan daripada jumlah itu, 180 orang didakwa, 140 orang disabit kesalahan dan 106 orang dibebaskan.
Seramai 25 militan asing juga ditangkap apabila mereka memasuki Malaysia.
Pada 22 Julai lalu, Dr Mahathir mengumumkan kerajaan akan memansuhkan Sosma, undang-undang kontroversi yang diluluskan pada 2012 dan dilihat sebagai pengganti kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Sosma memperuntukkan langkah-langkah khas bagi membendung aktiviti yang dianggap memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara.
Sosma memberi kuasa kepada anggota keselamatan menangkap seseorang tanpa waran, menahannya orang berkenaan selama 24 jam bagi tujuan siasatan, dan melanjutkan tempoh tahanan orang berkenaan untuk tempoh tidak melebihi 28 hari. Jaminan tidak boleh diberikan dan hendaklah ditahan sehingga semua rayuannya di mahkamah dibereskan.
Antara yang ditahan di bawah Sosma ialah Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah, yang ditahan selama 11 hari kerana peranannya dalam tunjuk perasaan Bersih 5 pada November 2016. Ia juga digunakan terhadap penyokong kuat Dr Mahathir, Datuk Khairuddin Abu Hassan kerana peranannya melaporkan skandal 1MDB kepada pihak berkuasa asing. -FMT


✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2NKUKgU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.